in

Tok Ram Puji Yassin Salah Masuk Intro Tapi Pandai Sembunyi ‘Lintang-Pukang’

Fi Saya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, telah berlangsungnya konsert minggu ke-2 Gegar Vaganza musim ke 8, dan seperti yang kita ketahui, Aliff Aziz sekali lagi menduduki tangga teratas dengan markah 81.00%. Bukan sahaja dalam kalangan juri, ramai yang memuji persembahannya di media sosial dengan mengatakan bahawa Aliff ‘boleh menyanyi’.


Tapi, kita bukan nak cerita tentang Aliff Aziz ya…Kita nak cerita tentang kumpulan duo “Sa. Ya” yang dianggotai oleh pelawak terkenal tanah air iaitu Saiful Apek dan Yassin. Pada konsert minggu kedua ini, mereka dah mula sikit-sikit tunjuk taring tu!

Dengan membawa lagu Gerhana daripada Dato’ M. Nasir, duo ini buat pentas minggu kedua itu macam konsert final! Walaupun pada awal persembahan Yassin ada melakukan sedikit kesilapan, tapi dia berjaya ‘cover’ kesilapan tersebut dengan begitu profesional! Tindakannya itu juga telah mendapat pujian daripada ketua juri, Datuk Ramli MS (Tok Ram).

@hyper_barats

Sa.Ya Saiful Apek & Yasin lawak #gegarvaganza #gegarvaganza8 #gegarvaganza2021 #saifulapek #yasin

♬ original sound – Barats Gila – Barats Gila

“Pandai sembunyi lintang-pukang korang eh!”- komen Tok Ram

Selain itu, Tok Ram juga menganggap mereka sebagai sisa-sisa ‘orang lama’. Jika dilihat di laman Instagram Astro Gempak, ramai yang memuji duo ini selepas persembahan mereka semalam. Sangat bertenaga, all out sampai ada yang minta Astro ‘simpan’ mereka sampai minggu akhir!

Komen Saya Full

Walaupun menduduki tangga yang ke-6 pada minggu ini, tetapi diharapkan kumpulan duo ini akan bangkit dan memberikan yang lebih baik pada konsert minggu akan datang. Fighting “Sa.Ya”!

Sumber: TikTok & Instagram

Baca: Ada Ura-ura Bakal Jadi Juara Gegar Vaganza 8, Netizen Tak Jadi ‘Cancel’ Aliff Aziz

Collage 60

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.