in

“Ada yang tunggu 7 jam” – Pelanggan Mengamuk Tunggu Lama, Kieda Crepe Akhirnya Buka Mulut

Kieda Crepe Perjelas Isu Road Tour

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Kieda Crepe, antara usahawan yang menjual makanan crepe yang viral di media sosial.


Boleh dikatakan kedai Kieda di Pulau Pinang ini sangat famous sampai setiap minggu penuh dengan pelanggan beratur nak beli dessert istimewa di kedainya.

Buat ‘road tour’ di Shah Alam tapi dituduh tak mampu kawal crowd? 

Namun bagi yang mengikuti Kieda Crepe, korang pasti perasan yang usahawan ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Terbaru kali ini melibatkan isu Kieda mengadakan jualan ‘road tour’ di Shah Alam dan jualan tersebut dikatakan telah mendapat sambutan hangat sehingga ramai yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk membeli crepe yang dijual.

@kiedacrepe

Replying to @bellatajj belajar dari kesilapan , move on dengan buat kebaikan?#kiedacrepe #kiedacrepetour #kenanganterindah

♬ suara asli – SANDIKAWEK – user59668010311

Susulan itu, kekecohan didakwa telah berlaku dan viral di Twitter video memaparkan pelanggan meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kerana terlalu lama menunggu.

Kieda mendakwa stafnya telah dikasari dan dimaki oleh pelanggan yang ada di sana yang bengang tidak dapat membeli crepe viral itu.

“Benda viral, hampa expect apa? Layanan perfect dalam aircond ka?” 

Isu ini menyebabkan Kieda menerima pelbagai kecaman dari netizen dan laporan daripada sebuah portal juga membuatkan usahawan ini tidak puas hati serta memberi penjelasan sebenar apa yang berlaku.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Kieda memberitahu bahawa situasi tersebut tidaklah seperti yang digambarkan media kerana ada di kalangan pelanggan sanggup menunggu sehingga 7 jam lamanya tanpa merungut.

@kiedacrepe

Bersyukur Allah kurniakan kesabaran buat kieda lebih matang handle situasi . Maafkan kida yaa semua , jangan laa gaduh sesama sendiri. Kieda pening laa??#kiedacrepetour #kiedacrepe #kenanganterindah #hqkiedacrepepenang

♬ jangan pernah menyerah cover by andmesh kamelang – loisa

Menurutnya lagi, disebabkan crepe tersebut viral, dia tidak dapat memberikan layanan yang baik kepada semua tetapi telah lakukan terbaik untuk menguruskan situasi.

Kieda 1

 

348595790 1983285875347785 7696685513777534081 N

Posting itu telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang memberi sokongan kepada Kieda untuk terus berjuang dalam dunia perniagaan.

Apa-apapun kita doakan yang baik-baik sajalah ye. Semoga Kieda tabah dan ambil perkara ini sebagai cabaran yang mematangkan. 

Baca: “Memang silap kieda” – Influencer Mohon Maaf Isu Marah Staf Lotus Tak Tolong Angkat Barang

Kieda Crepe Buat Permohonan Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.