in

“Memang silap kieda” – Influencer Mohon Maaf Isu Marah Staf Lotus Tak Tolong Angkat Barang

Kieda Crepe Buat Permohonan Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh diperkatakan semalam mengenai isu seorang peniaga manisan crepe meluahkan rasa tidak puas hatinya atas layanan staf pasaraya terkemuka yang tidak membantunya mengangkat barang ke kereta setelah membelanjakan sebanyak RM5,000 di pasaraya tersebut.


Susulan luahan itu, peniaga berkenaan yang juga seorang influencer telah menerima kecaman hebat netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Kiedacrepe mohon maaf 

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Kiedacrepe telah membuat permohonan maaf atas ketelanjurannya dalam memarahi staf pasaraya Lotus semalam.

Menurut Kieda, dia mengakui kesalahannya yang telah meluahkan perasaan secara melulu di media sosial kerana terlalu kecewa dengan layanan diterima daripada staf pasaraya berkenaan.

https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7195576464241216794?q=kiedamy%20lotus&t=1675389258710

“Kieda mengaku kesalahan Kieda dan Kieda luahkan perasaan kecewa Kieda sebagai customer. 

“Kieda salah jugak sebab Kieda minta tolong, bukan maki orang tapi minta tolong untuk hantar troli yang kami ambil dalam 10 ke pintu Lotus sebab letak van depan pintu Lotus. 

“Kieda mohon ampun sebab Kieda sedih juga, sebelum ini ada dua tiga orang abang tu akan tolong kami. Abang tu tau Kieda jenis beli banyak-banyak, tapi kali ni Kieda pi abang tu takdak. 

“Kieda minta tolong staf yang ada dok bersembang-sembang tu, semua macam kerling-kerling (pandang) ke kami, yang tu saja buat Kieda kecewa. Yang lain, tak ada masalah apa. Kieda memang support Lotus,” katanya lagi.

Tambah Kieda, sekarang masalahnya sudah selesai kerana dia sudah mendapat supplier bagi barang-barang yang diperlukan untuk perniagaannya.

Apa-apapun dia memohon maaf atas perlakuannya dan berharap isu tersebut tidak berlanjutan lagi.

Dalam pada itu, akaun TikTok didakwa Lotus Malaysia katanya telah membuat permohonan maaf atas tindakan stafnya menerusi sesi live peniaga tersebut malam tadi (Khamis).

Img 5436 630X774 1

Syukurlah semua dah saling bermaafan, sebaiknya kita jangan panjang-panjangkanlah isu ini ya. 

Baca: Beli Barang Dapur RM5K, ‘Influencer’ Mengamuk Sebab Staf Pasaraya Tak Tolong Angkat Barang?

Influencer Lotus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.