Semakin hari, semakin banyak kes-kes pembunuhan yang berlaku mahupun di dalam atau di luar negara.
Ada saja motif pembunuhan itu dan yang paling tragis kalau mangsa tu dibunuh dengan cara yang begitu kejam. Tak sanggup nak bayang oi.
Namun, kisah kali ini nak tunjukkan tentang pembunuh bersiri yang telah melakukan pelbagai jenis pembunuhan yang kejam tapi dibebaskan awal dari penjara.
1. Karla Homolka
Karla dan suaminya Paul Bernardo dilaporkan telah merogol tiga orang wanita pada awal tahun 90-an. Dan yang lebih menyedihkan, salah seorang dari mangsa itu adik kandung Karla berumur 15 tahun. Apa jenis kakak lah hm.
Bila suaminya ditahan pada 1993, Karla memberitahu dia dipaksa melakukan semua itu kerana takut dibunuh dan dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun sahaja kerana telah memberikan kerjasama dalam memberikan keterangan terhadap suaminya.
Namun menurut rakaman video penyiasatan, menunjukkan Karla sebenarnya tak nampak macam dipaksa. Dia dibebaskan pada 2007 dan telah menggunakan nama baru.
2. Dewi Kematian Lainz
Kisah ini menceritakan tentang 4 orang jururawat Austria yang telah membunuh 49 pesakit antara tahun 1983 hingga 1989 di Hospital Besar Lainz dan sebab itu mereka dikenali sebagai ‘Dewi Kematian Lainz’.
Mereka yang terlibat ialah Waltraud Wagner, Maria Gruber, Irene Leidolf, dan Stephanija Meyer.
Wagner bekerja di unit rawatan khas telah menyuntik pesakit dengan dos morfin yang membawa maut. Dia merekrut tiga lagi jururawat untuk membunuh menggunakan morfin, insulin dan ubat penenang.
Lain macam membunuh pun bawa geng ni
Mereka telah ditangkap pada Februari 1989, selepas perbualan tentang pembunuhan terbaru yang mereka lakukan telah didengari oleh seorang doktor si sebuah bar. Mereka semua turut mengaku bersalah.
Akhirnya, Meyer dan Gruber terima hukuman ringan dan dibebaskan beberapa tahun kemudian. Manakala Wagner dan Leidolf dibebaskan pada tahun 2008 dan telah menukar nama mereka.
3. Charlene Gallego
Tragedi gempar yang berlaku di Sacramento, California, dilakukan oleh sepasang suami isteri Charlene dan Gerald Gallego pada akhir 70-an.
Apa yang menjijikkan mereka telah menculik 10 orang gadis muda di sekitar pusat beli belah untuk dijadikan hamba seks. Eeee takleh brain betullah!
Pada 1984, Charlene telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun. Namun dibebaskan pada 1997 dan dia berpindah lalu menukar namanya.
Manakala Gerald, meninggal dunia akibat kanser ketika sedang menunggu hukuman mati.
4. Nikolai Dhzumagaliev
Kejadian berlaku di Kazakhstan pada tahun 1979, Nikholai Dhzumagaliev telah menculik seorang wanita sebelum mengelar leher dan meminum darah mangsa. Pada tahun yang sama, dia ditangkap selepas bergaduh dan membunuh rakan sekerjanya ketika sedang mabuk.
Dia didiagnos menderita skizofrenia dan yang mengejutkan dia dibebaskan setahun kemudian. Namun pihak berkuasa tak tahu yang dia dah bunuh lebih dari 10 orang.
Tapi yang lebih menjijikkan, dia hidangkan daging mangsanya itu kepada tetamu yang diundangnya. Aihhh tak boleh bayang betul lah!
Pada tahun 1980, dia membunuh salah seorang rakan yang dijemput hadir ke rumahnya. Tetamu yang lain terus lari ketakutan dan membuat laporan polis. Ketika polis tiba, dia berada di bilik berasingan sedang memotong mangsanya tadi.
Dia akhirnya dihantar ke Uzbekistan, namun berjaya melarikan diri pada tahun 1989. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Setelah dua tahun melarikan diri, dia berjaya diberkas semula.
5. Juha Valjakkala
Pada tahun 1988, Juha Valjakkala dan teman wanitanya telah mencuri basikal di Amsele, Sweden. Pemilik basikal Sten Nilsson dan anaknya berusia 15 tahun, mengejar pasangan tersebut hingga ke sebuah kawasan perkuburan.
Namun, mereka berdua telah ditembak mati oleh Valjakkala yang menggunakan senapang patah ketika itu. Isteri Nilsson mencari mereka berdua, namun dia juga turut dibunuh dengan lehernya telah dikelar. Mereka cuba melarikan diri dan ditangkap di Odense, Denmark, seminggu kemudian.
Penilaian psikiatri menunjukkan Valjakkala seorang psikopat dan mempunyai kecenderungan bertindak agresif.
Dia dijatuhkan penjara seumur hidup namun dibebaskan awal pada tahun 2009 dan turut menukar namanya kepada Nikita Bergenstrom. Teman wanitanya pula dipenjara hanya selama dua tahun kerana tuduhan bersubahat.
6. Arnfinn Nesset
Pada tahun 1981, Arnfinn Nesset merupakan seorang ketua jururawat di sebuah rumah jagaan orang tua di Norway. Pada suatu hari, dia telah disoal siasat polis akibat kematian penghuni disitu.
Namun apa yang mengejutkan, dia telah mengaku membunuh 27 penghuni disitu dengan menyuntik mereka ubat penenang jenis suxamethonium chloride.
Dia kemudiannya menukar pengakuannya di mahkamah dengan mengatakan yang dia di bawah tekanan sewaktu disoal siasat oleh polis. Setelah dibicarakan, dia disabitkan dengan 22 kes pembunuhan.
Tapi apa yang mengejutkan, dia telah dianggarkan melakukan kekejaman sehingga 132 orang. Gila ke ape ni.
Nesset telah dijatuhkan hukuman penjara selama 21 tahun (hukuman maksimum di Norway). Tapi telah dibebaskan selepas 12 tahun kerana berkelakuan baik. Dia telah menukar namanya dan tinggal di lokasi yang tak diketahui.
Baca : Sejarah takkan pernah hilang; 6 Tragedi Gempa Bumi Dahsyat Yang Pernah Terjadi Sejak Tahun 1950