in

“Kau jaga kaunter karaoke jela” – Netizen ‘Takleh Blah’ Haneesya Nak Nyanyi Lagu Pasal Jatuh Bangun Dalam Industri

Haneesya Nak Nyanyi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haneesya Hanee, nama yang boleh dikatakan cukup ‘panas’ dan terpalit dengan beberapa kontroversi. Tapi kali ini bukan isu hangat yang menjadi bualan tetapi sebaliknya tentang Haneesya yang bakal bergelar penyanyi tidak lama lagi.


Menurut ERA, selepas mencuba bidang lakonan dan menjadi model di pentas peragaan Haneesya bakal keluar dengan single terbaru kolaborasi bersama sebuah band. Katanya,

“Saya akan tampil dengan lagu duet kolaborasi bersama sebuah band. Buat masa ini, saya tidak boleh kongsikan nama band ini, tunggu sahaja single kami yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.”

View this post on Instagram

Hello Beyoncé?

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

 

Mula-mula tak yakin, tapi…

Mengaku pada mulanya tidak yakin dengan kebolehan diri untuk menyanyi, namun…

Pada awalnya memang saya tidak yakin untuk menyanyi, namun kumpulan ini beri galakan.”

 

Lagu tentang jatuh bangun dalam industri

Haneesya berkata lagu tersebut dihasilkan band terbabit yang diinspirasikan daripada kisah jatuh bangunnya dalam industri hiburan tanah air.

“Yang penting lagu yang bakal keluar ini, kami tidak memerli mana-mana pihak termasuk satu kumpulan lain. Bagi saya dalam mencari rezeki, kita janganlah gunakan kejatuhan seseorang sebagai sumber rezeki kita sebab tidak tahu keberkatan rezeki kita jika kita berbuat demikian.”

 

“Berapa lama dalam industri? Dia ni siapa?”

Ramai netizen yang perli dengan statement Haneesya bila dia mengatakan lagu itu adalah inspirasi dari kisah jatuh bangun dalam industri. Walhal menurut mereka dia baru setahun jagung namun cara bercakap seolah-olah sudah begitu lama menapak dalam industri hiburan.

Takleh Blah
sumber: era

Ada juga yang persoal siapa yang mengundi dia sehingga berjaya menang sebagai Artis Baharu Popular dalam Anugerah Bintang Popular 32 pada September lepas.

Tak ketinggalan ada juga yang sempat perli Haneesya supaya tidak saman mana-mana individu kalau mereka kritik suaranya nanti.

Perli Haneesya
sumber: era

Baca: “Laporan kami buat bukan pasal kulit gelap” – Tak Tahan Sebak Dihina, Ibu Haneesya Perjelas Tujuan Laporan Polis Dibuat

Sakuraneeda4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.