in

“Ada MP sampai mengalir air mata” – Lepas Cadangan Darurat Ditolak YDPA, Muhyiddin Fikir Nak Letak Jawatan?

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk isytihar darurat, menteri-menteri dan ketua-ketua Bersatu dilihat berkumpul di rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.



Menurut The Vibes, Perdana Menteri berfikir untuk meletakkan jawatan selepas gagal meyakinkan YDPA untuk isytihar darurat.

Muhyiddin Facebook@ts.muhyiddin 4

Salah seorang ahli Bersatu mengatakan yang mereka telah dipanggil untuk berkumpul di rumah Muhyiddin.

Ada yang berkata PM nak buat perkara yang betul dan letak jawatan tapi diminta untuk terus pertahankan jawatan oleh Azmin dan lain-lain.”

Menteri-Menteri dan ahli-ahli parlimen juga dilihat ada yang menangis semasa perjumpaan itu selepas cuba yakinkan Muhyiddin supaya jangan letak jawatan.

Azminn Nstfield Image Socialmedia.var 1571736298

Jumaat lalu, Muhyiddin telah memberikan cadangan untuk isytiharkan darurat, namun semalam YDPA telah menolak cadangan tersebut dan meminta supaya ahli-ahli politik untuk berhenti berpolitik dan fokus dalam memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Seorang lagi ahli lain mengatakan yang Muhyiddin tak dapat nak elakkan dari melepaskan jawatannya sebagai PM selepas usahanya untuk isytihar darurat telah ditolak.

Terdapat juga persoalan sama ada dia mempunyai angka yang akan menyokongnya dalam parlimen. Ditambah pula dengan keputusan Agong, buatkan dia rasa tak dapat nak jalankan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri.

Kereta-kereta yang berkumpul di rumah Muhyiddin dilihat beredar pada jam 11.20 malam.

Dalam kenyataan ringkas malam tadi, Muhyiddin mengatakan yang dia menghormati keputusan Agong untuk tak isytiharkan darurat.

Ahli kabinet akan bincangkan mengenai keputusan Tuanku dengan lebih lanjut. Matlamat utama ahli kabinet dan kerajaan adalah untuk melindungi rakyat dari pandemik Covid-19.

“Saya terima kepercayaan Tuanku dalam kerajaan saya dan menerima nasihatnya bagi memastikan kerajaan kekal stabil.”

 

Baca: [TERKINI] “Nampaknya keputusan sudah dicapai” – Kabinet Malaysia Bersetuju Untuk Kuatkuasa Perintah Darurat?

Screenshot 2020 10 26 At 12.19.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.