Mungkin ramai yang beranggapan kulit telur yang merupakan sejenis sisa makanan yang tiada nilainya. Namun, tahukah anda, ada individu di Indonesia yang berjaya menjana pendapatan tambahan hanya dengan menjual kulit telur?
Menurut Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SWCorp, kulit telur boleh dijadikan baja atau kompos dan bukan itu sahaja, kulit telur juga mempunyai banyak kegunaannya dalam aktiviti menanam dan berkebun seperti untuk mencegah kehadiran siput yang boleh merosakkan tananam.

Artikel Berkaitan: “Jangan cuci telur sebelum simpan” – Dr Malar Kongsi 2 Cara Terbaik Untuk Simpan Telur Dalam Peti Sejuk
Artikel Berkaitan: Tiada Bahagian Warna Kuning, Telur Rebus Ini Tarik Perhatian Ramai
Difahamkan, kulit telur ini perlulah diproses terlebih dahulu sebelum dijual. Boleh ikuti langkah-langkah berikut:
Cuci dan bersihkan kulit telur dengan air.
2. Keringkan di dalam ketuhar bersuhu 100 darjah Celcius selama 15 minit.
3. Masukkan kulit telur yang dah kering dalam beg kain/plastik bertutup. Kemudian hancurkan.
4. Bungkus dalam pek mengikut berat.
5. Jual (harga pasaran RM10-12 per kg)
Selamat mencuba!

Sumber: Facebook SWCorp, Tribun Jatim
