in

“Acah tak bersalah pulak” – Netizen Dedah Bahaya Naik Basikal Lajak, Adik Tak Pasal-pasal Kena Langgar Sampai Trauma

Basikal Lajak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kat mana-mana sekarang kita asyik dengar pasal kes basikal lajak yang melibatkan seorang jurujual wanita, Sam Ke Ting, 24, yang dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan 8 remaja berbasikal meninggal dunia.


Seperti yang kita tahu, kes ni dah jadi isu besar sebab rata-rata netizen bertelagah, ada yang setuju dengan keputusan mahkamah dan ada pulak yang membangkang sebab kes ni menyebabkan kematian. 

Antaranya macam kat bawah ni… 

 

“Akak pernah tengok tak budak main basikal lajak camna?” 

Namun hujah yang menyokong geng basikal lajak ni memang tak boleh diterima langsung oleh seorang netizen ni sebab geng terbabit katanya hampir menyebabkan adiknya cedera parah akibat kemalangan.

Menerusi posting di Twitter, netizen ni berkongsi pengalaman adiknya yang dilanggar geng basikal lajak sehingga cedera. Dah langgar, tak nak mengaku salah pulak tu! 

Lajak 1

Eh86Fq Uwaafwct
sumber: twitter

 

“Masa dia langgaq adik aku, petang dalam pukul 5pm. Bukan malam kot nak kata tak nampak” 

Malah lebih mengejutkan, masa adiknya dilanggar tu, ketika tu waktu masih terang sekitar jam 5 petang. Jadi tak boleh lah nak kata yang penunggang basikal tu tak nampak atau apa.

Lajak 3
sumber: twitter

 

Dah kena langgar pun masih boleh tersenyum 

Ramai di kalangan netizen bersimpati dengan nasib yang dihadapi adik netizen terbabit. Macam manapun, senyuman adik ni tetap manis walaupun sakit kena langgar dengan basikal lajak.

Kesian
sumber: twitter

Admin doakan semoga adik comel kat atas ni cepat sembuh tau! Kepada geng basikal lajak, hentikanlah hobi tak berfaedah ni. 

Baca: “Kami tak dapat terima keputusan itu” – Keluarga Mangsa Basikal Lajak Kecewa, Cadang Nak Lawan Semula Kes Di Mahkamah?

Feature Image Keluarga Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.