in

90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Zulfarhan, Hakim Dedah Mangsa Boleh Diselamatkan Jika…

Zulfarhan Boleh Diselamatkan Hakim

Keputusan mengenai kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah diumumkan semalam yang mana 6 penuntut universiti terbabit terlepas hukuman gantung apabila dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Menurut Astro AWANI, 90 tekapan seterika wap yang dilakukan 5 daripadanya ke atas Zulfarhan telah menyebabkan kematian mangsa namun ia tidak membawa kepada niat membunuh dengan sengaja.

Zul 1

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata, mahkamah telah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan Osman.

Pun begitu, menurut Hakim nyawa mangsa mungkin boleh diselamatkan jika dua perkara ini berlaku:

 

Campur tangan doktor klinik swasta yang merawat Zulfarhan

Mangsa mungkin boleh diselamatkan jika terdapat campur tangan oleh seorang doktor di sebuah klinik swasta di Bangi semasa mangsa menerima rawatan di klinik tersebut.

Menurut Hakim, pada kebiasaannya pihak hospital atau klinik kesihatan akan menelefon polis jika mengesyaki pesakit didera kerana ia adalah isu perundangan perubatan.

Sepatutnya doktor tersebut tidak membabi buta mempercayai mangsa terlibat dengan letupan dalam latihan sehingga terkena pada semua tubuh mangsa termasuk zakar dan testis namun tidak pada muka si mati,” katanya.

250311163 3217731711873948 3157997491447944327 N

Jika mangsa tidak mengalami cedera parah, beliau tidak perlu dibawa ke klinik sebanyak dua kali memandangkan kosnya mahal iaitu kira-kira RM500 bagi setiap sesi rawatan.

Malah tertuduh juga boleh membawa mangsa ke hospital kerajaan yang percuma atau klinik UPNM namun mereka tak berbuat demikian kerana bimbang rahsia pecah.

 

Jurulatih UPNM tidak tularkan keadaan Zulfarhan di WhatsApp 

Tambah Azman lagi, Zulfarhan Osman juga mungkin boleh diselamatkan jika seorang jurulatih di UPNM tidak bertindak tularkan keadaan pegawai kadet tersebut di kumpulan WhatsApp.

Nasib dikatakan tidak menyebelahi mangsa apabila Kapten Haryani Hassan pendek akal dengan menularkan dalam group WhatsApp tentang siapa yang dimaksudkan ‘sakit’ menerusi surat layang yang diterima.

Bh28Upnm O Field Image Listing Featured.variant 0

“SP23 (penuntut UPNM, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi) yang menulis surat layang bersama tertuduh kelapan (Muhammad Akmal Akif Alias) menyatakan ‘si mati ada memesan kepada beliau jika hendak sapu ubat, sapu semasa dia lena sebab sakit sangat jika dia sedar.’

“Surat layang itu membuktikan penelitian mereka berdua (SP23 dan tertuduh kelapan) bahawa si mati sakit tenat semasa berada di dalam bilik asrama namun tertuduh pertama hingga keenam tidak perasan mangsa cedera parah dan mereka nampak mangsa kelihatan biasa sahaja tidak seperti orang sakit,” katanya lagi.

 

“Tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau tidak rasa sayang…” 

Dalam penghakiman itu juga, Azman berkata, Dr Salmah dan Dr Rohayu bersetuju bahawa terdapat 90 kesan tekapan seterika pada tubuh mangsa kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan.

Malah tertuduh juga dikatakan sangat teliti dalam menekap seterika ke tubuh mangsa kerana jika mangsa memakai baju lengan panjang, kesan lecuran itu tidak akan kelihatan.

Tertuduh Kes Zulfarhan

Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas di tubuh mangsa.

“Tertuduh-tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan Osman akan ditekap juga dan lebih daripada 90 tekapan akan dikenakan,” katanya.

Apa-apapun diharapkan semoga kes ini menjadi pengajaran buat semua untuk jauhkan diri daripada budaya buli kerana ia membawa kepada kebinasaan.

Al Fatihah buat mangsa, Zulfarhan Osman. Keadilan sudah ditegakkan. 

Baca: [TERKINI] Kes Zulfarhan Osman: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah

Kes Bunuh Zulfarhan Rakan Didapati Bersalah

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: BH
Sumber: Sinar Harian