in

9 Usahawan OKU Ini Boleh Dijadikan Inspirasi dan Sifu Dalam Dunia Perniagaan

hahaaj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kelainan upaya (OKU) selalunya dikaitkan dengan pelbagai kekurangan dan dilihat seperti tak mampu menandingi manusia normal. Pun begitu, terdapat segelintir individu yang bukan sahaja tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan, malah lebih berjaya daripada insan yang dilahirkan sempurna fizikalnya.

Walaupun dilahirkan tanpa tangan dan kaki, individu-individu istimewa ini berjaya membuktikan bahawa mereka juga boleh berjaya dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan. Ini kami senaraikan sembilan usahawan OKU yang boleh menjadi inspirasi untuk kita semua:


 

1. Zhariff Afandi

Tidak dikurniakan kedua-dua belah tangan sejak lahir, pemilik syarikat The Zhariff Initiative Sdn. Bhd. (TZI) ini pernah menerima Anugerah Belia Perdana pada tahun 2011. Berkelulusan luar negara, Zhariff bertekad membuka syarikat sendiri selepas tak berjaya menempatkan diri bekerja di syarikat tempatan. TZI adalah sebuah syarikat yang bertujuan untuk memupuk dan membangunkan nilai-nilai sosial yang bertanggungjawab untuk agensi korporat, kerajaan, institusi akademik dan pertubuhan lain. Wow!

3 3
Sumber: Star2

 

2. Latip Md. Isa

Cacat kaki kiri dan menghidap polio sejak lahir, Latip pernah dihina ketika mula-mula mahu membeli peralatan untuk mula berniaga. Sentiasa dipandang rendah oleh masyarakat kerana tiada kaki kiri dan dianggap tidak berkemampuan untuk buat apa-apa pekerjaan, Latip menjadikan kata-kata hinaan itu sebagai pembakar semangat. Jangan terkejut kerana kini Latip memiliki pendapatan lebih kurang RM60,000 sebulan hasil perniagaan pemprosesan ayam, daging dan sewaan kanopi. Banyaknya!

1 3
Sumber: Suara Muhajirin

 

3. Lee Thiam Wah

Jika dengar nama saja mesti korang tak kenal siapa ni kan? Tapi kalau sebut 99 Speedmart, confirm korang pernah beli at least satu barang kat situ. Lelaki berkerusi roda ni sebenarnya pemilik perniagaan kedai runcit 99 Speedmart yang kaler kuning korang selalu nampak kat mana-mana tu. Lumpuh disebabkan polio semasa bayi, Lee yang memulakan perniagaan pada usia 23 tahun kini dah miliki lebih 200 buah cawangan 99 Speedmart di seluruh Malaysia. Dahsyatnya!

2 2
Sumber: Facebook

 

4. Ruzimi Mohamed

Ruzimi merupakan seorang usahawan kreatif dan inovatif pemilik syarikat Imi Creative Solution Sdn. Bhd. Pernah mencipta motosikal roda tiga berkuasa bateri yang dinamakan Imi Creative Car (ICC) untuk kegunaan OKU dan warga emas di masa akan datang, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini memiliki sebuah syarikat perniagaan pembangunan laman web. Bukan itu saja, syarikat Ruzimi juga menyediakan kursus motivasi dan teknologi maklumat.

4 3
Sumber: UTM

 

5. Tengku Arman Harris Tengku Ismail

Walaupun cacat pendengaran, Arman merupakan seorang usahawan perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Sentiasa dibantu isterinya yang juga cacat pendengaran dan beberapa orang pekerja sewaktu mencanting batik, lelaki gigih ini kini mempunyai dua buah kedai batik sutera. Kain-kain batik yang dijual oleh Arman boleh dijual dengan harga antara RM200 hingga RM400 sepasang. Mesti cantik ni!

5 4
Sumber: Facebook

 

6. Mohd Khairi Othman

Hanya mempunyai tangan paras siku dan kaki paras lutut, fizikalnya yang kudung tidak menghalang Khairi untuk menjadi usahawan akuakultur. Lumrah menceburi bidang yang banyak melibatkan aktiviti fizikal, Khairi akan berkerusi roda dari rumah sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan peliharaannya. Bermula dengan hanya memelihara ikan tilapia, hasil ternakan Khairi kian mendapat permintaan tinggi sehingga membawa pulangan ribuan ringgit dalam sebulan.

6
Sumber: Blog

 

7. Razali Rohani

Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, Razali menghasilkan lukisan menggunakan kedua-dua belah kaki dan langsung tidak menyangka bahawa hasil lukisannya digemari masyarakat di luar negara. Melukis menggunakan tema corak batik dan pemandangan, lukisan Razali sangat disukai orang luar negara dan ada lukisannya yang terjual hingga ke Kanada.

7 1
Sumber: Sinar Harian

 

8. Mamat Abdullah

Kita yang lahirkan cukup sifat pun belum tentu pandai baiki motor sendiri, Mamat yang ditakdirkan cacat fizikal tidak menjadikan kekurangan sebagai satu halangan kerana berjaya membuka sebuah bengkel motosikal sendiri dikenali sebagai Bengkel Din Motor. Walaupun keadaannya tidak sempurna seperti orang lain, Mamat tetap memasang niat untuk mengembangkan lagi perniagaannya supaya dikenali di masa akan datang.

8
Sumber: Sinar Harian

 

9. Syukri Ibrahim

Tubuh kerdil yang dikurniakan kepadanya tidak menjadi penghalang kepada lelaki ini untuk berjaya dalam perniagaan yang dilakukan. Pernah memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan), pemilik syarikat D Strike Solution Sdn. Bhd ini berjaya menjalankan bisnes perkhidmatan membekal dan memasang permaidani wall-to-wall untuk masjid, pejabat dan lain-lain sejak hampir 10 tahun lalu.

9
Sumber: Facebook

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun tidak dilahirkan normal, dorang ni lebih berjaya dari orang lain tau!

Baca: Lelaki OKU Bangkit Selepas Kemalangan, Berjaya Tawan 20 Puncak Gunung Guna Kaki Palsu!

ikan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.