in

[TERKINI] Guru SMK Taman Sea Petaling Jaya Pula Disahkan Positif Covid-19

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Pengarah Pendidikan Selangor mengesahkan yang seorang lagi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea di Petaling Jaya positif Covid-19.


Menurut Sinar Harian, guru tersebut merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di Kelantan.

Menurut Izmi Ismail, guru tersebut hanya didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.

845535

Guru ini telah menjalani kuarantin di rumah sejak 30 September lalu namun untuk ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif.

Sementara menunggu keputusan, dia telah menjalani kuarantin di rumah dan tak hadir ke sekolah.”

Ekoran ini, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah meminta semua murid dari kelas 1C, 2K, 2B & 2J serta beberapa orang guru untuk menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu ujian swab.

Buat masa ini, sekolah tersebut masih lagi dibuka dan hanya kelas-kelas tertentu sahaja ditutup dan disanitasi.

Langkah selanjutnya hanya akan dibuat mengikut nasihat yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Baca: “Memang cari pasal” – 600 Budak Sekolah Rendah Kena Buat Saringan Gara-gara Cikgu Datang Sekolah Walaupun Tengah Sakit

Screenshot 2020 10 07 At 2.43.10 Pm

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.