in

“8 bulan terpisah” – [VIDEO] Anak Terus Peluk Ayah Menyamar Jadi ‘Rider’ Makanan Lepas Lama Tak Jumpa

Fi Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebelum ini, ramai yang terpaksa berjauhan daripada keluarga untuk satu tempoh yang lama. Paling terkesan sekiranya seorang ibu bapa itu bekerja sebagai frontliner dan masih mempunyai anak yang kecil.


Seakan sama dengan kisah ini, apabila momen sedih berlaku ketika kepulangan seorang ayah itu dinantikan oleh anak yang masih kecil.

 

Ingatkan rider makanan

Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan oleh @adirarusli menjadi viral setelah menunjukkan kepulangan suaminya ditunggu lama oleh anak-anak.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik, Adira memaklumkan bahawa suaminya sudah 8 bulan berjauhan dengan mereka sebab memasuki pusat latihan polis. Kepulangan suaminya itu turut tidak diketahui oleh anak-anak mereka.

Ayah Balik Rahsia 1

Dalam video tersebut suaminya menyamar sebagai seorang penghantar makanan, dan anak sulungnya yang pergi ke luar untuk mengambil makanan tersebut.

Mungkin firasat seorang anak, dia mula berasa curiga dengan ‘rider’ berkenaan. Kemudian anak lelakinya itu merenung pada si suami dan mula mencabut facemask yang dipakai.

Selepas diperhati, anaknya itu terus memeluk ayahnya sambil menjerit memanggil dirinya. Tindakan anak lelakinya itu membuatkan adiknya yang lain turut sama memeluk ayah mereka sebab terlalu rindu.

Momen tersebut turut membuatkan Adira menjadi sebak. Tambahnya lagi, suaminya sengaja minta dirahsiakan kepulangannya itu untuk memberi kejutan kepada anak-anak mereka.

@adirarusli

Penantian.. Masih pjj…. Sabar itu indah ? #pjjlife #foryou #fyp

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

 

“Seronok tengok bercampur sedih”

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata ia membuatkan netizen turut menjadi sebak. Ramai yang mengatakan bahawa momen tersebut mampu membuatkan mereka sedih, selain ada juga menyifatkan suasana tersebut seronok untuk dilihat sebab mengetahui betapa rindunya anak-anak kepada ayah mereka.

Reak Ayah 1 Edit Reak Ayah 2 Edit Reak Ayah 3 Edit

Besar betul pengorbanan ayah yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Min doakan sesiapa yang melalui keadaan sebegitu diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

 

Baca : “Ramadhan rasa kosong” – Sebak! 2 Tahun Tahan Rindu, Belum Sempat Jumpa, Ayah Dah ‘Pergi’ Dulu

Foot Ayah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.