in

7 Tahun Diamkan Diri, Anita Sarawak Sakit Kanser?

Nst

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang masih ingat lagi tak dengan Anita Sarawak, penghibur terkemuka Malaysia yang tiba-tiba menghilang diri dari dunia seni pertengahan tahun 2011 dulu? Kali terakhir kita dengar pasal superstar yang lebih mesra dipanggil Kak Nita ni adalah ketika dia berpindah ke luar negara selepas berkahwin dengan Mahathir Abdullah.


Tapi lepas tu tiba-tiba keluar spekulasi mengatakan yang Kak Nita dah berpisah dengan suaminya, berhenti dari bidang nyanyian dan dah jual rumah dia yang terletak kat Las Vegas tu. Tapi semuanya mungkin khabar angin je sebab tak ada sesiapa yang boleh sahkan berita tu.

Anita Bertudung
sumber: blog

Lepas tujuh tahun menghilangkan diri, Berita Harian melaporkan yang Kak Nita kini sedang menderita sakit kanser dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta dekat Kuala Lumpur. Hah, betul ke ni?

Khabarnya, artis yang sudah lama rapat dengan Kak Nita dah pun menziarahinya namun tidak dibenarkan membuka mulut tentang hal ni tanpa keizinan Kak Nita. Muka Kak Nita juga katanya dah banyak berubah dah tak nampak macam dulu lagi.

Rumah Anita
Rumah kak nita di las vegas | sumber: blog

“Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita apabila mendengar suara dan melihat bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi,” kata seorang peminat yang mendakwa pernah ternampak Kak Nita di Singapura.

“Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini. Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat. Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya.”

Jual Beli Rumah
sumber: blog

Tahun lalu, dokumen urusan jual beli kediaman Kak Nita juga didakwa dah tersebar kat internet. Pun begitu, kesahihah berita yang digembar-gemburkan ini tak dapat nak dipastikan sehingga kita dapat pengesahan dari tuan badan.

Tapi sempena bulan Ramadhan ni, marilah sama-sama kita doakan Kak Nita berada dalam keadaan baik walau di mana jua dia berada.

Baca: “Macam tak takut mati je!” – Netizen Kecam Elyana Tak Bertaubat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4

El

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.