in

“Buat comeback besar – besaran”- Peminat Teruja! Marvel Umum Tayangan 10 Filem Hingga Tahun 2023

Marvel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tak salah, filem terakhir keluaran Marvel adalah Spiderman : Far From Home yang ditayangkan di Malaysia pada 3 Julai 2019. Kalau ikutkan senarai MCU (Marvel Cinematic Universe), memang filem tersebut merupakan penutup fasa ke-3.


Sffh Uk Quad Tsr Vnc 04

Sama seperti syarikat-syarikat produksi lain, Marvel juga tidak lari dari menerima tempias pandemik. Maklum sahajalah, kalau korang ikut setiap filem diorang ni, memang biasanya akan menelan belanja yang banyak. Tapi, itu tidak menjadi masalah besar buat mereka.

Mana taknya, semalam (3 Mei), pihak Marvel telah membuat satu pengumuman besar-besaran melalui sebuah trailer yang bukan sahaja menyebarkan mesej penyatuan tetapi turut membuatkan seluruh peminat mereka teruja!

Buka Tirai 2021 Dengan ‘Black Widow’

Menerusi video pendek berdurasi 3 minit berkenaan, selain menggunakan suara later mendiang Stan Lee, Marvel Studios secara tidak langsung mengumumkan kesemua filem yang bakal ditayangkan oleh mereka termasuk tarikh tayangan!

Black Widow Still July

Membuka tirai fasa ke-4 MCU, filem pertama bakal menjadi pembuka adalah Black Widow dan menurut tarikh yang diberikan ia akan ditayangkan pada 9 Julai 2021. Namun, belum ada pengumuman lanjut sama ada ia akan ditayangkan serentak seluruh dunia, ataupun ada tarikh lain untuk Malaysia.

Kalau diperhatikan senarai yang dikeluarkan, min yakin ada beberapa filem yang bakal menjadi sebutan dan dinanti-nantikan oleh para peminat. Seperti Spiderman (17 Disember), Doctor Strange (March 2022) dan Black Panther (Julai 2022). Ini berdasarkan tekaan min je lah.

Senarai Penuh Filem MCU Bakal Ditayangkan Sehingga 2023

  • Black Widow, July 9, 2021
  • Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, September 3, 2021
  • Eternals, November 5, 2021
  • Spider-Man No Way Home, December 17, 2021
  • Doctor Strange In the Multiverse of Madness, March 25, 2022
  • Thor: Love and Thunder, May 6, 2022
  • Black Panther: Wakanda Forever, July 8, 2022
  • The Marvels, November 11, 2022
  • Antman and the Wasp: Quantumania February 17, 2023
  • Guardians of the Galaxy Vol. 3, May 5, 2023
  • Fantastic Four, TBA

Kalau ikutkan senarai MCU fasa ke-4, ini kira line-up penuh dan rasmi. Yang belum ada tarikh dan status cuma Fantastic Four sahaja. Seperti kebiasaan, kalau dah keluar tarikh tayangan ni, jaranglah dibatalkan. Sama ada cepat atau lambat je ia ditayangkan di Malaysia nanti.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penumuman rasmi untuk tarikh tayangan filem-filem ini di Malaysia nanti. Cuma nak ingatkan, bila dah keluar panggung nanti, jangan abaikan SOP pulak ye!

Sumber : Marvel

Baca : Avengers: Endgame Bukan Yang Terakhir, Ini 6 Lagi Filem Akan Datang Yang Wajib Fans Marvel Tengok!

Capture 11

Sumber: Marvel
Sumber: Maxim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.