in

“7 hari mana cukup” – 9 Pemandu Mabuk Didakwa Bawah Akta Pindaan Baharu, Dikenakan Hukuman Penjara 7 Hari

Feat2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sembilan individu berusia dalam lingkungan 25 hingga 56 tahun menjadi antara yang terawal didakwa mengikut pindaan baharu atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.


Menurut Berita Harian, mereka didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang berkuatkuasa Jumaat lepas.

Kesemuanya didakwa melakukan kesalahan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 50mg dalam 11 milimiter darah. Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 23 Oktober hingga 25 Oktober di sekitar Johor Bahru.

Driver3

Bagaimanapun, seorang pemandu tidak bersalah manakala lapan lagi mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Bagi lapan pemandu yang mengaku bersalah termasuk seorang wanita, mereka dijatuhi hukuman:

  • penjara 7 hari dan tarikh sabitan kes,
  • denda RM10,000
  • hilang kelayakan lesen selama 2 tahun

Jika gagal membayar denda mereka akan dipenjara selama 10 bulan. Bagi pemandu lelaki yang mengaku tidak bersalah itu mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM13,000 dan menetapkan 26 November depan untuk sebutan kes.

Pegawai Pendakwaan Trafik, ASP Azmi Abdul Salam meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran. Namun, semua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka perlu menanggung keluarga serta telah insaf.

Driver2

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

Beberapa netizen dilihat menyuarakan pendapat masing-masing di Facebook. Menurut mereka, hukuman penjara 7 hari itu sedikit jika nak dibandingkan dengan perbuatan pemandu terbabit.

Baca: Ubah Haluan Kereta Secara Tiba-tiba, Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Pelajar Berumur 17 Tahun!

Accident

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.