in

“7-Eleven tu betul ye!” – Jom Tengok ‘Starter Pack’ Budak-Budak Zaman 90-an

Ft 7 Eleven Latest

Bila berjumpa remaja zaman sekarang, boleh dikatakan rata-rata akan pegang phone layan fyp TikTok, kalau tak pun masing-masing akan sibuk bermain permainan seperti Mobile Legends, PUBG dan sebagainya.

Kalau nak dibandingkan dengan zaman remaja yang lahir pada tahun 90-an, media sosial terawal pun sama ada MySpace atau Friendster. Nak dapat liputan internet pun susah tau!

D16Yia2 Eb7785A0 E89F 4E52 B762 C4Fcf4F918D0

Bukan setakat itu, remaja yang lahir tahun 90-an ni pastinya boleh relate dengan ‘starter-pack’ ni :

Bergayut dekat pondok telefon

Kalau korang nak tahu, dulu telefon bimbit sangatlah mahal dan kalau korang gunakan telefon bimbit, kira korang ‘have-have’ lah waktu tu. Jadi, untuk yang tak ada telefon bimbit ni, pastinya akan beratur di pondok telefon untuk hubungi yang tersayang.

45488286 M Normal None

Sekarang ni, mungkin dah jarang nak jumpa pondok telefon. Rata-rata dah gunakan smartphone dan nak beli topup pun dah senang lagi-lagi dekat 7-Eleven. Bukan setakap topup je, korang boleh buat pelbagai pembayaran bil atau dapatkan ‘Diamond’ untuk permainan Mobile Legends, PUBG, Valorant dan macam-macam lagi.

67431522 2391680157535720 5239526322031558656 N

Kumpul komik isi masa lapang

Kalau zaman sekarang, kita boleh cari apa sahaja bahan di internet, tinggal rajin atau tidak je nak mencari. Tapi, zaman dulu mana ada semua tu.

Kalau ada pun, mungkin sesetengah manga. Selainnya, terpaksa lah ke kedai buku berhampiran untuk beli komik setiap kali isu terbaharu keluar. Sampai ada yang buat koleksi lah. Antara yang famous zaman tu pastinya komik Dragon Ball, Doraemon, Master Q dan lain-lain.

Sekarang ni, nasib baik dekat 7-Eleven ada komik, ada kalanya sempat jugak la amik satu atau dua naskah buat bacaan santai! 

Lepak 7E Minum Slurpee

Kalau korang rasa sekarang ni ‘boring’ sebab tak banyak pilihan kedai atau kafe yang best, cuba korang bayangkan macam mana budak-budak 90-an dulu terpaksa hadap benda ni setiap hari! Zaman tu mana ada kafe hipster lagi, paling awal pun orang mula jual ice-blended. 

Jadi, kitorang pada zaman tu akan ‘sapot lokal’ dengan minum Slurpee dekat 7-Eleven. Setidaknya dapatlah jugak merasa ‘air sedap’ sekali seminggu. Kalau kumpul duit belanja sekolah tu, dapatlah beli yang besar. Itu pun kekadang kongsi dengan kawan sambil tunggu bas sampai.

10830516 770983692938716 4319399848316279205 O 1

Sekarang ni, bukan sahaja Slurpee, dah ada pelbagai makanan panas dan minuman yang ‘best’ di 7CAFé, boleh jadi port lepak dah.

‘Breakfast’ Sebelum Ke Sekolah

Jujur kata, 7-Eleven memang jadi penyelamat bila mak-mak terlewat bangun dan tak sempat nak siapkan sarapan sebelum ke sekolah. Jadi, sebelum hantar ke sekolah tu, akan singgah di 7-Eleven untuk beli susu kotak ataupun roti. 

Sekarang ni, walaupun dah kerja, masih singgah 7-Eleven atau 7CAFé lah jugak waktu pagi macam dulu-dulu sebab bukan sahaja ada roti, tetapi boleh beli macam-macam makanan panas atau makanan Ready-to-Eat, setidaknya kenyang lah jugak sambil menunggu waktu lunch nanti. 

Ttdi Helmi Store Front E1723791993756

Lagi satu yang membuatkan 7-Eleven ni sangat dihargai sejak dulu sebab ia merupakan satu-satunya kedai serbaneka yang buka 24 jam ketika itu. Lepas pada tu baru ada jenama-jenama lain. 

Kena Datang Kedai Baru Tahu Promosi

Kalau difikirkan balik, dulu manalah ada aplikasi mahupun telefon canggih. Jadi segala promosi yang diadakan kena datang kedai dahulu baru tahu, kalau nasib tak baik, tak ada langsung promosi. 

Selain dekat kedai, kitorang dulu tahu segala promosi pun kalau ada iklan di televisyen, radio mahupun surat khabar. Sekarang ni dah mudah sangat, segala promo akan keluar dekat apps. Kalau korang ada apps My7E, korang rajin-rajin lah tengok promosi terkini. 

Jangan ketinggalan untuk sertai kempen ‘Be a My7E SuperFan’ tau! Antara manfaat yang bakal korang terima adalah baucer eksklusif seperti : 

  • Pembelian bernilan RM15 akan terima 300 mata PERCUMA*
  • Pembelian bernilai RM20 akan terima 300 mata PERCUMA serta Slupee 22oz,
  • Ganjaran hari lahir dan macam-macam lagi.

*(pembelian dalam 1 resit, setiap pembelian RM15 pertama bulan tersebut (bulanan)

Ini pula antara tawaran menarik untuk SuperFan bermula 29 Julai hingga 1 September 2024 nanti.

50 Off Mms Milk Chocolate 37G Deals 230724 Artboard 1 Copy 3 50 Walls Starwars Asst 100Ml Deals 230724 Artboard 1 Copy 3

Cara nak jadi ‘superfan’ ni pun mudah sahaja, korang perlu kumpulkan 1000 mata di My7E app dalam tempoh 12 bulan, tips nak cepat kumpul poin dekat sini ialah korang sahaja barangan jenama 7-Eleven dan korang akan dapat 3x mata ganjaran.

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi My7E untuk sertai kempen ‘Be a My7E Superfan’, korang hanya perlu scan kod QR berikut :

My7E Anniversary Kv Scan Qr A4

Sedar tak sedar, tahun ini merupakan tahun ke-40 7-Eleven bertapak di Malaysia, jadi sempena dengan sambutan ulang tahun dan juga sambutan  ‘Bulan Kemerdekaan’ ni, 7CAFé akan mengadakan kempen ‘Lokal Fevret’. 

Bermula daripada 29 Julai sehingga 29 September 2024 ni, 7CAFé nak menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik makanan kegemaran ramai.

Lokal Fevret My7E Whats Hot Banner 500 X 500 V4

Antaranya : 

Snack Deals – Latte Panas + Hashbrown / Popiah Sayur dan Ayam / Mana-mana Samosa hanya RM4.90 sahaja. 

Manis Deals – Potongan 20% ke atas Desserts terpilih.

Meal Deals – Pilihan makanan Ready-to-Eat + Cheesy Chicken Sausage Skewer hanya RM6.90. 

Kesemua tawaran ini hanya sah bermula 29 Julai hingga 29 September eksklusif di 7CAFé sahaja!

Bukan setakat itu, sempena sambutan bulan kemerdekaan ini,  korang akan menerima RM3 cashback beserta 75 baucer tambahan yang korang boleh dapatkan di dalam aplikasi My7E. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok di laman web rasmi 7-Eleven atau notifikasi yang akan dihantar melalui aplikasi My7E tu.

Sumber: 7-Eleven