in

6 Lagi Wanita Tampil Buat Laporan Salah Laku Seks Terhadap Pendakwah Selebriti Termasuk Seks Luar Tabii!

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, Jumaat lalu seorang pendakwah selebriti telah ditahan reman selama lima hari sehingga hari ini selepas seorang wanita membuat dakwaan mengatakan dirinya telah dirogol.


Namun kes pendakwah selebriti ini tak terhenti setakat itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, pihak polis telah menerima sebanyak enam laporan salah laku seks terhadap suspek lima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya, lapor mStar!

Cabul pelajar kolej

Antara yang melaporkan adalah seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang pelajar. Wanita ini mendakwa, suspek yang juga seorang penyanyi ini telah mencabulnya.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, 17 Oktober lalu, suspek telah mempelawa mangsa ke rumahnya di Damansara Perdana untuk mengajar tentang ilmu pemasaran perniagaan.

Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.”

Disebabkan ini, mangsa trauma dan kini sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dai Syed Direman

Suspek dakwa nak tolong rawat gangguan emosi

Seorang lagi mangsa berasingan telah membuat laporan ke atas pendakwah selebriti yang sama selepas mangsa yang juga merupakan seorang guru mendakwa dia telah dicabul oleh suspek.

Suspek memperkosa mangsa selepas mengajak mangsa ke rumah dengan alasan membantu merawat gangguan emosi yang dialami sejak September lalu.”

Ekoran dari laporan-laporan ini, suspek akan dibawa semula ke mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi menyambung tahanan reman terhadap pendakwah muda ini.

Siasatan ke atas pendakwah ini pula bakal dijalankan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, seksyen 354 kerana mencabul, seksyen 377C kerana melakukan seks luar tabii dan seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan.

Pihak polis turut menasihat mangsa-mangsa lain untuk tampil ke hadapan dan jangan bimbang untuk membuat laporan polis terhadap suspek.

 

Baca: Didakwa Merogol, Pendakwah Selebriti Ditahan

Screenshot 2020 12 01 At 11.12.15 Am

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.