in

Dari Black Panther Ke Avatar, Ini 10 Filem Yang Paling Dinantikan Tahun 2022

Page 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, tengah malam ini tahun 2021 akan menutup tirainya dan kita akan melangkah masuk ke tahun baru, 2022.


Untuk penggemar filem pula, tahun 2021 ini pastinya tahun yang mencabar apabila pawagam di serata negara ditutup sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah penularan Covid-19, dan hanya dibuka semula September lepas.

Walau bagaimanapun, kita masih berpeluang menonton filem-filem hebat dalam tempoh itu seperti Shang Chi, Spider-Man: No Way Home, Prebet Sapu dan banyak lagi.

Page1 11

Dekat sini, Min nak senaraikan 10 filem yang korang wajib tonton pada tahun 2022 nanti. Variasi filem tahun depan dilihat sangat meriah dari pelbagai francis, termasuklah persaingan dari dua gergasi filem superhero, Marvel dan DC.

1. Morbius (Januari 2022)

Untuk yang tertanya-tanya siapa lelaki yang berupa vampire ini, Morbius merupakan watak penjahat dalam siri komik Spider-Man, sama seperti Venom dan Carnage yang mempunyai kekuatan dan kelajuan yang luar biasa.

Filem ini bakal dibintangi pemenang Oscar, Jared Leto sebagai Morbius dan menampilkan cameo dari watak Spider-Man lain seperti Vulture, lakonan Michael Keaton.

2. The Batman (Mac 2022)

Dibintangi Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne, filem ini merupakan soft reboot kepada adiwira terkenal Batman yang menjaga ketenteraman kota Gotham.

Namun dari trailer awal yang dikeluarkan Warner Bros, filem ini dilihat menunjukkan tema yang lebih gelap bagi adiwira ini berbanding filem-filem sebelumnya. Dalam filem ini, Batman akan berentap dengan musuh-musuh utamanya termasuklah The Riddler dan Penguin.

 

3. Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (April 2022)

Filem ketiga dari francis Fantastic Beasts ini pastinya merupakan filem wajib tonton bagi peminat-peminat Harry Potter atau Potterheads.

Kali ini, teraju utama filem ini iaitu Newt Scamander akan berganding bahu dengan Professor Albus Dumbledore dalam usaha mereka menewaskan anasir jahat Grindelwald yang menggunakan makhluk mistik untuk kepentingannya sendiri.

Menarik pada filem ini, watak Grindelwald yang sebelum ini dilakonkan oleh Johnny Depp akan digantikan dengan pelakon filem Dr. Strange, Mads Mikkelsen. Ini kerana Johnny Depp terpalit dengan kontroversi bersama bekas isterinya, Amber Heard.

4. Dr. Strange in The Multiverse of Madness (Mei 2022)

Masalah Dr. Strange pada semesta pelbagai atau multiverse tidak terhenti sekadar di penghujung filem No Way Home.

Dalam filem kedua adiwira berkuasa magik ini, Dr. Strange dilihat memerlukan bantuan daripada Wanda Maximoff atau Scarlett Witch untuk menyelesaikan isu multiverse yang melanda mereka.

Filem ini juga bakal menampilkan adiwira baru, Miss America lakonan Xochitl Gomez yang dikatakan mampu merentas pelbagai semesta.

5. Black Adam (Julai 2022)

Filem ini khas buat mereka yang selama ini meminta The Rock untuk melakonkan watak adiwira di layar perak. Dilakonkan oleh Dwayne Johnson, Black Adam merupakan watak penjahat atau anti-hero baru ingin diperkenalkan oleh DC Universe.

Black Adam dikatakan mempunyai kuasa yang sama seperti Shazam, di mana dalam filem tersebut juga sudah menunjukkan serba sedikit hint bahawa watak itu akan muncul satu hari nanti.

Shazam

6. Spider-Man: Across The Spider-Verse Part One (Oktober 2022)

Siapa boleh lupa akan filem animasi Spider-Man dari Sony Pictures ini? Menyambung cerita dari Into The Spider-Verse (2018), filem sekuel ini menampilkan gandingan yang sama iaitu Miles Morales sebagai Spider-Man dan Gwen Stacy sebagai Spider-Gwen.

Menariknya pada filem kali ini, Miles Morales akan berdepan dengan Spider-Man dari versi masa depan, iaitu Spider-Man 2099 yang mempunyai kebolehan bertarung luar biasa.

7. Black Panther: Wakanda Forever (November 2022)

Meskipun pelakon utama Black Panther, Chadwick Boseman telah meninggal dunia pada Ogos 2020, ia tidak melemahkan semangat Marvel Studios untuk menyambung legasi adiwira dari Wakanda ini.

Setakat ini masih belum ada lagi desas-desus mengatakan watak itu akan dilakonkan oleh aktor lain, atau jika nama ‘Black Panther’ itu akan diberi kepada watak yang sedia ada. Namun, watak lain seperti Shuri, Okoye dan Ayo akan terus ada untuk menghidupkan filem ini.

Black Panther Wakanda Forever Logo

8. The Flash (November 2022)

Ini merupakan satu tajuk yang sangat menarik bagi penggemar filem adiwira, kerana The Flash, lakonan Ezra Miller ini dikatakan sebagai pembukaan ruang multiverse bagi dunia DC Comics.

Turut memeriahkan lagi filem adiwira dengan kelajuan luar biasa ini adalah Batman versi klasik yang dilakonkan oleh Michael Keaton dan Supergirl lakonan Sasha Calle.

9. Aquaman and The Lost Kingdom (Disember 2022)

Disambung secara terus dari Aquaman pertama, filem ini bakal melihatkan James Wan, pengarah kelahiran Malaysia untuk kembali menerajui cerita adiwira dari Atlantis itu.

Setakat ini masih belum ada sebarang info berkenaan bila trailer kepada filem ini akan ditayangkan, tetapi pelakon utamanya, Jason Momoa ada berkongsikan gambar awal melihatkan sut terbaru Aquaman dengan warna yang lebih gelap.

Aquaman 2 Jason Momoa

10. Avatar 2 (Disember 2022)

Mencipta sejarah sejak tahun 2009 sebagai filem dengan kutipan tertinggi, pengarah James Cameron bakal kembali membawa sekuel kepada tajuk yang tidak asing lagi buat penggemar filem, Avatar.

Untuk yang tidak tahu, Avatar memegang takhta filem dengan kutipan tertinggi dalam tempoh yang sangat lama sebelum dicabar hebat oleh Avengers: Endgame (2019)

Avatar Concept Art 1 1578399045465

Ikutkan banyak lagi filem menarik yang tak ada dalam senarai macam Jurassic World: Dominion dan Mission Impossible: 7. Jadi, korang cuma kena save duit saja sementara tunggu filem-filem ni keluar tahun depan, okay?

Selamat tahun baru semua!

Baca: 7 Peristiwa Besar Yang Berlaku di Malaysia Sepanjang 2021

Capture 24

Sumber: IMDb
Sumber: Den of Geek
Sumber: Den of Geek
Sumber: IGN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.