• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Gaya Hidup

50 Juta Akaun FB Baru Digodam! Ini Apa Patut Dibuat

by Suraya Roslan September 29, 2018, 4:37 pm

ShareTweet
Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, dunia dikejutkan dengan laporan bahawa maklumat kira-kira 50 juta pengguna akaun Facebook berjaya digodam oleh hackers dalam kes pelanggaran sekuriti atau security breach yang paling teruk pernah berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg menyebut kejadian itu “amat serius” dan mereka masih belum dapat mengenal pasti sama ada data pengguna berjaya diperoleh oleh pihak penggodam.


 

Facebook Hentikan Pilihan “View As” Sebagai Langkah Berjaga-Jaga

Kebimbangan atas kecurian kod akses digital Facebook itu telah menyebabkan saham syarikat gergasi berkenaan jatuh sebanyak 2.6 peratus akibat hilang keyakinan daripada para pelabur.

Sebagai langkah berjaga-jaga ketika ini, Facebook hentikan pilihan “View As” yang membenarkan pengguna melihat sendiri profil mereka seperti orang lain apabila fungsi privacy diset ke atas akaun mereka.

Sebelum ini, Facebook juga pernah timbulkan kekecohan apabila akses 87 juta pengguna diakses secara tak sah oleh syarikat penganalisis data politik, Cambridge Analytica.

 

Cara-cara Untuk Elak Akaun Facebook Korang Digodam

Menurut bahagian FAQ Facebook, korang perlu ikut 6 tips ini untuk pastikan akaun korang selamat dari semasa ke semasa.

1. Lindungi kata laluan/password korang

Elakkan guna kata laluan yang sama untuk semua akaun media sosial korang. Lepas tu jangan pula kongsikan dengan orang lain. Biar kita sendiri je tau. Jangan pula guna nama yang seakan-akan nama sebenar atau orang terdekat. Biar lain dari yang lain.

2. Guna ciri keselamatan tambahan Facebook

3. Pastikan akaun e-mel digunakan selamat

Kalau akaun e-mel korang pernah digodam, kebarangkalian untuk hackers dapat godam Facebook korang sangatlah senang. Cuba check balik!

4. Log keluar setiap kali guna mana-mana komputer atau peranti

Ni selalu kita lupa buat. Kalau pergi makan ke, tidur ke. Sebab malas nak log masuk semula akaun, kita biarkan saja. JANGAN! Pastikan korang log keluar!

5. Biasakan untuk scan anti-virus pada komputer

6. Fikir sebaik-baiknya sebelum download apa-apa

Kadang-kadang kita tak sedar apa kita download tu ada fungsi lain, iaitu godam secara rahsia. Jadi pastikan download dari website yang dipercayai dan ada tulis https:// pada awalannya.

Baca: 15 Laman Sesawang Malaysia Digodam Indonesia Gara-gara Insiden Salah Cetak Bendera

Bendera

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Kelibat

    Tengah Khusyuk Tengok Wedding BASS Dalam Kereta, Individu Terkejut Ada ‘Seseorang’ Lalu Sebelah

  • Siti Nurhaliza Gema Bumantara

    5 Momen ‘Rare’ Ketika Berlangsungnya Konsert Gema Bumantara Dato’ Seri Siti Nurhaliza

  • Ft Puteri Sarah Janna Nick

    “Bella ok guys, dia faham” – Dituduh Bergaduh, Janna Nick & Puteri Sarah Jawab Dakwaan Tak Hadir Majlis BASS

  • Ft Tun M Sedih

    “Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama” – Tun M

  • Ft Bass Ayden

    “Daddy hadir dalam hidup, perlahan-lahan saya nampak Mommy senyum” – Ucapan Ayden Buat Bella & Saddiq Undang Sebak

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 49

    Pengisian Markah UASA, PAT/PASA & PAJSK Dilanjutkan, KPM Umum Tarikh Baharu

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 47

    Bisnes Kecil Nak Tembusi Pasaran Global? Kerajaan Sedia RM15 Bilion Bantu 10,000 PMKS

  • Collage 2

    Spritzer Memperkenalkan ION: Air Isotonik Baharu Dengan Semangat ON-JE!

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Siti Nurhaliza Gema Bumantara

    5 Momen ‘Rare’ Ketika Berlangsungnya Konsert Gema Bumantara Dato’ Seri Siti Nurhaliza

  • Ft Puteri Sarah Janna Nick

    “Bella ok guys, dia faham” – Dituduh Bergaduh, Janna Nick & Puteri Sarah Jawab Dakwaan Tak Hadir Majlis BASS

  • Ft Bass Ayden

    “Daddy hadir dalam hidup, perlahan-lahan saya nampak Mommy senyum” – Ucapan Ayden Buat Bella & Saddiq Undang Sebak

  • Baim Wong Sokong Syed Saddiq

    “Saya yang b*doh politik bisa paham” – Isu Jerebu Makin Panas, Baim Wong Sokong Kenyataan Syed Saddiq

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube