in

“This is too much” – Nadia Brian Bengang Ditengking ‘Influencer’ Demi ‘Content’

Ft Nadia Brian Kena Tengking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon, Nadia Brian telah meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang ahli perniagaan yang telah menengkingnya di khalayak ramai semasa karnival jualan Starvendors yang sedang berlangsung di Johor.


Menurut Nadia, dia turut menyifatkan tindakan peniaga itu sebagai melampau dan menjatuhkan air muka seseorang selepas memarahinya serta menggunakan kejadian tersebut sebagai sebuah content tanpa persetujuan Nadia.

https://www.tiktok.com/@nadia.brian/video/7208163807821139226

Difahamkan, pada waktu kejadian, Nadia telah disapa oleh seorang wanita yang tidak dikenali yang mahu menghasilkan content bersamanya.

Nadia terpaksa menolak pelawaan influencer yang juga merupakan seorang ahli perniagaan tersebut kerana dia mahu ke tandas namun, tiba-tiba dia terus meninggikan suara di hadapan orang ramai.

“Pada ketika itu saya memang nak ke tandas dan tiba-tiba ada seorang kakak menahan saya katanya nak ajak buat content.”

“Saya pun cakap kejap, saya nak pergi tandas. Tiba-tiba dia jerit depan semua orang cakap ‘Hey janganlah sombong sangat’,” kata Nadia.

Apa yang lagi membuatkan Nadia bengang, apabila usahawan tersebut telah merakam insiden itu tanpa kebenaran dan berkongsi video itu di media sosialnya.

Nak nasihat peguam sebab mahu ambil tindakan

Screenshot 2023 03 09 113417

Nadia telah menyifatkan tindakan ahli perniagaan tersebut seolah-olah mempergunakan dirinya secara percuma untuk melakukan promosi.

Pada masa yang sama, dia juga sedang dalam usaha untuk mendapatkan nasihat daripada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Orang bayar artis untuk mempromosikan barang mereka. Bagi saya, ini adalah satu tindakan mengambil kesempatan terhadap kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia masih belum menerima permohonan maaf secara peribadi daripada ahli perniagaan itu, sebaliknya dia hanya memuat naik sebuah video di laman sosial miliknya.

Apa pendapat korang pasal content yang macam dia buat tu?

Baca : Balas Emoji Love Di Ruangan Komen, Nadia Brian & Zizan Razak Ada Apa-Apa Ke?

Cats 99 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.