in

Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’, Pesanan Khairul Aming Buat Anak Muda Dipuji Ramai!

Ucapan Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menepati ramalan ramai, pempengaruh media sosial dan pengusaha ‘Sambal Nyet’, Khairul Aming telah merangkul anugerah bagi kategori ‘Creator of The Year’ dalam TikTok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) semalam.

Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 31, telah menewaskan lima pencabar lain iaitu Boss James, Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Ceddy dan Sally Who.


Fotojet 2023 08 28T014001.068

Minta anak muda jangan abai pelajaran 

Khairul yang popular dengan kandungan masakan yang sering dimuat naik semasa bulan Ramadan itu telah mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan pasukan perniagaannya atas sokongan yang diberikan.

Terima kasih kepada emak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini, mesti beliau bangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah pesanannya kepada anak muda yang mahu menceburi bidang tersebut agar tidak mengabaikan pelajaran.

Saya ambil kesempatan ini untuk bagi satu ucapan kepada anak-anak muda di luar sana yang nak jadi content creator.  

“Adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran. Walaupun awak nak jadi content creator awak kena ingat, jadi content creator bukan sekadar untuk viral. 

“Untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan. Critical thinking, problem solving, ada adab dan ada common sense. Jadi pelapis content creator yang bagus yang boleh majukan negara kita Malaysia,” katanya.

“Ini cara orang bijak bercakap” 

Ucapan yang disampaikan Khairul telah menarik perhatian ramai dan rata-rata berharap pesanannya akan menjadi inspirasi buat anak muda di luar sana untuk mengutamakan pendidikan sebelum terjun ke industri ini.

Aming Komen

Tahniah Khairul Aming! You deserved it! 

Baca: Khairul Aming Senaraikan 9 Tempat Makan Sedap & Murah, Ramai Netizen Excited Nak Pergi Hat Yai

Hatyai

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.