in

5 Penumpang Disahkan Meninggal Dunia, Kapal Selam Titan Dikatakan Meletup Berhampiran Titanic

Nahas Kapal Selam Oceangate Semua Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan rasa berat hati, Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) hari ini memaklumkan bahawa kesemua lima penumpang kapal selam Titan yang dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic dilaporkan telah meninggal dunia.

Menurut Astro AWANI, beliau berkata, kapal selam berkenaan telah dilaporkan hilang sejak Ahad lalu itu dipercayai meletup berdekatan dengan bangkai Titanic.


Ahli keluarga kelima-lima mangsa berkenaan telah dimaklumkan mengenai berita sedih itu.

@yahoouk

All five passengers of Titanic expedition died in catastrophic implosion #titanic #titanicsub #submersible #submarine #yahoouk #news #worldnews #uknews #titanicwreck

♬ original sound – Yahoo UK

Pagi ini, sebuah ROV (remote operated vehicle) iaitu kenderaan kendalian jauh dari kapal Horizon Artic telah menjumpai kon ekor daripada kapal selam Titan yang berkedudukan lebih kurang 1,600 kaki berhampiran kapal Titanic,” katanya.

Menurutnya lagi, serpihan kapal selam itu ditemui pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran Titanic dan ini sekaligus memberi petunjuk bahawa Titan telah berakhir di Laut Altantik.

Dalam perkembangan yang sama, syarikat yang mengendali ekspidisi itu, OceanGate berkata, kesemua penumpang Titan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush, dipercayai telah meninggal dunia.

Empat mangsa lain yang dikenalpasti ialah Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, jutawan British Hamish Harding dan Paul-Henri Nargeolet.

Dengan penuh rasa duka, kami kini mempercayai bahawa CEO kami, Stockton Rush, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood, Hamish Harding, dan Paul-Henri Nargeolet, telah hilang,” katanya.

OceanGate juga menggambarkan para penumpang kapal selam tersebut sebagai pengembara sejati dengan semangat pengembaraan yang unik serta mendalam untuk meneroka lautan dunia.

Hati kami bersama lima jiwa ini dan setiap ahli keluarga mereka dalam masa yang tragis ini,” kata OceanGate lagi.

Terdahulu, syarikat ini telah mengenakan sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang bagi menyertai ekspedisi itu yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700km selatan St John’s Newfoundland.

Kapal selam yang mampu memuatkan lima orang itu dilaporkan hilang dengan bekalan oksigen yang hanya mampu bertahan selama empat hari.

Takziah kepada keluarga mangsa nahas kapal selam itu. Semoga mereka bertabah dengan dugaan ini. 

Baca: Kecoh! Kapal Selam Bawa Jutawan Tengok Kapal Titanic HILANG, Ini Apa Korang Perlu Tahu…

Kapal Selam Lawat Titanic Hilang

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.