in

5 ‘Eligible Bachelor’ Anak Kerabat Malaysia Paling Popular di Instagram!

Anak Kerabatsss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tipulah kalau mana-mana gadis kata mereka tak pernah berangan nak kahwin dengan anak raja!


Kedatangan Putera Mateen di Malaysia baru-baru ini untuk acara polo bagi Sukan SEA 2017 sudah cukup menggamatkan keadaan. Ada yang sanggup berpanas di padang polo demi mengambil sekeping gambar bersama putera dari Brunei Darussalam itu.

Namun jangan pandang sebelah mata dengan putera-putera dan anak kerabat dari Malaysia pula! Meskipun mereka jarang mendedahkan kehidupan seharian kepada umum, namun mereka tetap menjadi kegilaan anak gadis kerana rupa tampan dan mempunyai hobi yang menarik.

Berikut kami senaraikan 5 Instagram anak kerabat yang masih bachelor untuk anda stalk setiap hari

 

1. Tengku Amir Shah 

Rms 1
sumber: instagram

DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan putera tunggal bagi Sultan Selangor dan bekas isteri warga Amerikanya, Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah. Baginda merupakan pewaris takhta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan digelar sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat. 

Pernah digosipkan dengan pelakon dan usahawan, Neelofa, Tengku Amir Shah gemar berkongsi aktiviti sehariannya dalam melakukan kebajikan. Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan Selangor Cheshire Home, Make A Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.

Instagram: @rmselangor

Rms 2
sumber: instagram
Rms 4
sumber: instagram
Rms 5
sumber: instagram

 

2. Tunku Idris 

Ti 1
sumber: instagram

YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Ibni Sultan Ibrahim Ismail merupakan anakanda ketiga Paduka Seri Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia. Baru barusia 29 tahun, baginda mempunyai hobi memiliki kereta-kereta mewah.

Malah Instagram milik baginda juga boleh dikatakan penuh dengan gambar kereta tersebut. Antara kereta yang menjadi kegemarannya ialah Pagani Huayra, Porsche, RUF, Alfa Romeo, BMW dan McLaren Mercedes-Benz.

Selain daripada memiliki kereta mewah, Tunku Idris juga menyukai aktiviti lasak seperti meluncur dan berkebolehan dalam seni lukis. Wah tak sangka! 

Instagram: @tunku_idris

Ti 2
sumber: instagram
Ti 3
sumber: instagram
Ti 4
sumber: instagram

 

3. Tunku Zain 

Tz 5
sumber: instagram

Merupakan anak kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Zain Al-‘Abidin atau lebih dikenali sebagai Tunku ‘Abidin Muhriz seorang yang gemar melibatkan diri dalam bidang pendidikan.

Kebijaksanaan baginda terserlah apabila berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran dan Sosiologi; dan Sarjana Sains dalam bidang Politik Perbandingan dan Sejarah Imperial di London School of Economics and Political Science. 

Baginda pernah menulis sebuah buku mengenai sejarah Negeri Sembilan dan adat istiadatnya dan juga memegang jawatan sebagai Presiden Pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Malaysia.

Instagram: @tz.n9

Tz 1
sumber: instagram
Tz 6
sumber: instagram
Tz 4
sumber: instagram

 

4. Tengku Hassanal

Hasanal 1
sumber: instagram

YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah merupakan putera sulung kepada pasangan diraja DYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dan DYTM Tunku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Baru berusia 21 tahun, baginda yang mewarisi sikap ibunya yang mesra rakyat kerap kali turun padang untuk aktiviti kemasyarakatan di Pahang dan membantu rakyat yang memerlukan serta ditimpa musibah.

Instagram: @this.7

Hasanal 2
sumber: instagram
Hasanal 3
sumber: instagram
Hasanal 4
sumber: instagram

 

5. Tengku Muhammad Shah 

Tms 1
sumber: instagram

Adik kepada Tengku Hassanal, YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Muhammad ini boleh tahan kacak juga. Dilahirkan pada 3 Ogos 1997, baginda merupakan putera kedua Tengku Mahkota Pahang.

Sama seperti abangnya, Tengku Muhammad Shah gemar memuat naik gambar aktiviti kemasyarakatan yang telah dilakukannya. Malah baginda juga pernah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang juruterbang pada suatu masa nanti.

Instagram: @tms_03

Tms 2
sumber: instagram
Tms 3
sumber: instagram
Tms 4
sumber: instagram

Amacam? Mesti hati gadis-gadis semua bergetar tengok anak raja yang tampan lagi gagah ini. Jangan lupa tekan butang follow pada Instagram mereka. Bolehlah stalk aktiviti yang mereka lakukan setiap hari.

Baca: 10 Gadis Stailista Popular di Instagram Anda Perlu Follow!

Stailista

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.