in

4 Tahun ‘Straight’ Teka Betul, Neelofa Ramal Lagu ‘Semalam’ Aina Abdul Juara #AJL35

Cover 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pengacara dan usahawan popular Neelofa telah berjaya meneka juara Anugerah Juara Lagu (AJL) selama empat tahun berturut-turut dengan tepat. 


Untuk edisi kali ini pula, Neelofa tidak terlepas untuk meneka juara AJL35 pula. Ramalan ini dikongsikan oleh Neelofa dalam satu ciapan di Twitter.

Untuk juara AJL35, Neelofa menjangkakan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul akan menjadi pilihan juri.

123876135 1050442979108148 6706751209572707218 N

Dua lagu lain yang turut tersenarai dalam ramalan Neelofa adalah Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah.

Untuk pilihan vokal terbaik pula, Neelofa menjangkakan trofi ini akan dimenangi oleh Azlan & the Typewriter atau Aina Abdul.

Bagaimanapun, Neelofa menyatakan ini hanyalah tekaannya sahaja dan tidak semestinya tepat.

Korang rasa siapa juara? Penulis pilih lagu 7 Nasihat!

 

BACA: Rezeki Tak Salah Alamat, Yonnyboii Disapa Disney Lepas Tercicir Dari AJL35

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.