in

Rezeki Tak Salah Alamat, Yonnyboii Disapa Disney Lepas Tercicir Dari AJL35

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lalu, tuah tidak berpihak kepada Yonnyboii apabila dia tercicir daripada senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35). Bagaimanapun, penyanyi muda ini kini mendapat rezeki dalam bentuk lain pula apabila dia telah disapa oleh Disney.


Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin dilaporkan berpeluang mewakili Malaysia melalui runut bunyi filem Raya and the Last Dragon yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios.

Ezgif.com Gif Maker

Dalam satu temu bual bersama Yonnyboii, penyanyi ini menyatakan dia sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakal dalam menulis lirik bahasa Inggeris.

“Akan ada rezeki baru, yang penting kita kena cari dan usaha. Sebelum ni, memang saya selalu mencari-cari ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat menulis lirik bahasa Inggeris”

Hasratnya ini diluahkan kepada Universal Music Malaysia dan termakbul pada 14 Januari lalu. Luah penyanyi ini, dia tidak pernah menjangka imipiannya ini akan termakbul.

Menurut Universal Music, kerjasama akan dijalinkan di antara Yonnyboii bersama tiga lagi penyanyi lain dari Asia Tenggara iaitu Raisa (Indonesia), Matthaios (Filipina) dan Sprite (Thailand).

Yonny1 E1596787481705

Disebabkan terlalu teruja, Yonnyboii berjaya menyiapkan satu rangkap lagu Trust Again dalam tempoh 30 minit selepas menerima berita gembira tersebut. Lagu Trust Again pada dasarnya mengisahkan Asia Tenggara yang terbentuk daripada berbilang budaya.

Untuk rekod, filem Raya and the Last Dragon merupakan filem pertama Disney yang berinspirasikan budaya Asia Tenggara. Raya merupakan puteri pendekar yang membawa simbolik semangat pelbagai negara Asia Tenggara.

Selamat maju jaya buat Yonnyboii!

Betul kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Jangan cepat putus asa!

 

Sumber: Malaysiakini

 

BACA: “Serious merdu gila, we need more!” – [VIDEO] Netizen Terpukau Dengar Suara Hannah Delisha & Raysha Rizrose Nyanyi Medley AJL35

1 5

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.