in

“3 bulan lepas, ayah baru belikan iPhone 16” – Pempengaruh Mohon ‘Bantuan Dana’ Untuk beli iPhone 17 Pro Max Sebab Berkenan

ft pempengaruh nak iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh dari Uttar Pradesh, India tular selepas membuat satu hantaran yang mencuri tumpuan di mana dia memohon bantuan netizen untuk membeli telefon pintar iPhone 17 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini.

Wanita yang dikenali sebagai Mahi Singh memohon sumbangan orang ramai sebanyak 1 rupee (anggaran RM0.04) atau 2 rupees (anggaran RM0.09) untuk dia membelikan peranti tersebut yang bernilai 149,000 rupees (RM7,094).


Artikel berkaitan : Pernah Tular Jual Buah Pinggang Demi iPhone 4, Lelaki Kini Berstatus OKU & Menderita Masalah Kesihatan

Artikel berkaitan : Tarif Baharu Amerika Syarikat, Harga iPhone Dijangka Cecah RM10,000 Seunit

Bapa baru lepas belikan iPhone 16

Dalam video hantaran tersebut, dia mengatakan bahawa sebab dia ingin memohon sumbangan daripada pengikutnya adalah kerana keengganan bapanya untuk turutkan kehendaknya setelah baru sahaja memberikan iPhone 16 kepadanya.

“iPhone 17 Pro baru sahaja dilancarkan dan saya sangat suka warnanya. Bapa saya ada belikan iPhone 16 pada 3 bulan lepas. Sekarang saya nak telefon yang baharu ini untuk hari ulang tahun saya pada 21 Oktober nanti, tapi dia tak nak belikan.”

“Kalau anda semua boleh sumbangkan satu, dua tiga atau empat rupees seorang, boleh lah saya beli dan saya berterima kasih sangat kepada anda semua. Ia akan membuatkan impian saya tercapai. Sejujurnya. saya memang suka sangat sampai tak terungkap kepada telefon tu.”

Selepas video tersebut tular, ada pengguna media sosial mempersoalkan Mahu Singh kerana tindakannya itu dan dalam masa yang sama ada yang mengatakan bahawa kaedah membuat ‘kempen kutipan dana’ secara dalam talian sedang menjadi satu trend buat masa ini.

Sumber : NDTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.