in

Jejas Operasi Penguatkuasaan, Polis Larang Orang Awam Kongsi Maklumat Sekatan Jalan Raya Di Waze

F4 Rbw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan setiap pemandu kenderaan di Malaysia terutamanya yang sering memandu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam akan menggunakan aplikasi Waze untuk memudahkan mereka sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat.


Ini kerana selain boleh membantu pemandu dalam urusan navigasi dan peta laluan jalan, Waze juga sangat berguna kerana ia membolehkan penggunanya berkongsi maklumat seperti jalan ditutup, jika berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

15 1
Gambar hiasan

Lagi menarik, orang awam yang menggunakan Waze juga boleh berkongsi dengan pengguna lain jika ada polis atau sekatan jalan raya (roadblock) di hadapan.

Namun, Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Azmi Abu Kassim menasihati orang awam agar tidak berkongsi maklumat sekatan jalan raya atau kehadiran polis di aplikasi tersebut.

Ini kerana ia boleh mengganggu penguatkuasaan polis terhadap pemandu yang membuat kesalahan trafik seperti pemandu di bawah pengaruh alkohol atau pemandu yang memandu melawan arus, lapor Astro AWANI.

Jadi, beliau meminta pengguna jalan raya agar memberi kerjasama dengan tidak berkongsi maklumat sekatan jalan raya menerusi aplikasi tersebut.

14 2
Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, arahan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan arahan tersebut.

Ada yang mengatakan mereka berkongsi maklumat SJR kerana mahu mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas sekali gus dapat mengelakkan pengguna jalan raya daripada terperangkap dalam jem.

Apa pula pendapat korang?

Sumber: Astro AWANI

Baca: [VIDEO] Nak Elak Ditahan JPJ, Lelaki Sanggup Tinggalkan Tunang Di Jambatan Pulau Pinang

Tunang Ditinggalkan Jpj

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.