in

“120 batu sejam atau 2 batu seminit” – Hujan Meteor Gemini Boleh Disaksikan Ahad Ini

Ft Meteor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapalah tak sukakan bintang. Berita baik untuk korang, hari Ahad ni korang boleh saksikan hujan meteor Gemini!


Menurut Ketua Unit Baitul Hilal, Muzamir Mazlan, fenomena yang berlaku sekali setahun ini boleh dilihat bermula pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Kata beliau kepada Kosmo, fenomena hujan meteor Gemini itu diramal muncul maksimum pada pukul 8.30 malam 13 Disember sehingga awal pagi 14 Disember waktu tempatan.

Hujan meteor ini akan mencapai maksimum dengan kadar 120 meteor sejam atau dua meteor seminit pada Ahad, 13 Disember, pukul 8.30 malam sehingga menjelang awal pagi 14 Disember ini.

Pihak kami juga akan mengadakan cerapan secara bersendirian di Balai Cerap Baitul Hilal Port Dickson.”

Meteor

 

Boleh dilihat dengan mata kasar tanpa telescope

Beliau menambah, untuk melihatnya dengan lebih jelas boleh pergi ke lokasi yang kurang pencahayaan. Uniknya fenomena ni, korang boleh tengok jaluran hujan cahaya yang terang melintas dengan jumlah yang banyak.

Ada kemungkinan satu minit sebanyak tiga meteor kita boleh nampak tanpa menggunakan teleskop.

Hanya dengan melihat menggunakan mata kasar dan boleh mengambil gambar guna kamera DSLR.”

Bolehlah dijadikan aktiviti keluarga kan waktu-waktu social distancing ni? Siapa pernah tengok?

 

Baca : Asteroid Setinggi Burj Khalifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Ft Nasa Final

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.