in

Asteroid Setinggi Burj Khalifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Ft Nasa Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini amaran daripada pihak NASA yang mengatakan bahawa sebuah asteroid gergasi dijangka bakal ‘terbang’ melintasi bumi pada hujung minggu ini.


Lapor The Sun, batu gergasi tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

 

Lebih besar dari Burj Khalifa 

Feat Nasa 1

Bukan itu sahaja, saiz asteroid gergasi itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan NASA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijangka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

 

Tak hentam bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghentam planet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

NASA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

 

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak NASA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

 

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

Nasa 2

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira pukul 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gergasi 2000 W0107 ini ‘jatuh’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hentam bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Baca: Mampu Musnahkan Dunia, Asteroid Gergasi Hampiri Bumi Pada Jarak Selamat Esok, 29 April!

Baca Ast

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.