in

[Video] Fenomena Hujan Meteor Perseids, Netizen Sempat Rakam Meteor di Langit Kuala Pilah

Rakaman Hujan Meteor Perseids Di Kuala Pilah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata rakyat Malaysia pastinya menantikan kemunculan hujan meteor semalam selepas Agensi Angkasa Malaysia memaklumkan orang ramai dijangka dapat melihat fenomena Hujan Meteor Perseids yang dijangka berlaku pada lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos.



Menurut Kosmo, fenomena ini berlaku pada setiap tahun dan ia telah bermula sejak 17 Julai lalu hingga 24 Ogos dan kemuncaknya adalah pada malam semalam.

 

Sempat rakam meteor di langit Kuala Pilah

Meskipun ramai yang merungut tidak dapat melihat fenomena itu berlaku di langit tempat mereka tinggal, viral sebuah video di TikTok memaparkan kejadian itu berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menerusi video itu jelas sekali kelihatan sekumpulan meteor turun membelah langit hitam di kawasan tersebut.

@sabariahjohari

♬ Law Kana Bainanalhabib – zahra

“Untung pada sesiapa yang dapat melihat ciptaan Allah” 

Rata-rata yang melihat video ini merasa teruja dan bersyukur dengan ciptaan Tuhan atas kejadian tersebut.

Malah ramai juga merungut mengatakan mereka tidak dapat melihat meteor di kawasan mereka, namun video tersebut nampaknya dapat melunaskan impian mereka untuk melihat fenomena alam itu.

Dapat Lihat Meteor

Bestnya dapat tengok hujan meteor! Kalau korang dapat tengok juga semalam, kongsikan video bersama kami di ruang komen ye. 

Baca: “120 batu sejam atau 2 batu seminit” – Hujan Meteor Gemini Boleh Disaksikan Ahad Ini

Meteor

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.