in

11 Tahun Dilaporkan Hilang, Rupanya Wanita Tinggal Dengan BF, Hanya 500 Meter Dari Rumah Keluarga

Fi Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, dah banyak kes orang hilang sebab ikut pasangan yang kita dengar. Kebanyakannya mesti akan lari jauh dari keluarga bahkan ada sampai ke luar negara.



Namun kes yang berlaku di India ini boleh dikatakan agak wow, tapi dalam masa yang sama boleh dianggap macam ‘pelik’ juga.

 

11 tahun hilang

Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan hilang dari kampung Ayalur, Palakkad di India 11 tahun lalu dan akhirnya ditemui tinggal hanya 500 meter dari rumah keluarganya.

Rupa-rupanya wanita tersebut tinggal bersama kekasihnya, namun ibu bapanya tidak pernah berjumpa atau terserempak walaupun tinggal berdekatan. Pelik kan?

Lari 1

Wanita bernama Sajitha itu berjaya ditemui selepas teman lelakinya, Alinchuvattil Rahman turut dilaporkan hilang sejak kira-kira tiga bulan lalu, hingga keluarganya membuat laporan polis.

Walau bagaimanapun, mereka berdua ditemui selepas abang kepada Rahman iaitu Basherr secara tidak sengaja terserempak dengan adiknya dan mengekorinya. Hasilnya, dia mendapati Rahman dan Sanjitha tinggal bersama di kampung sebelah.

Menurut The Indian Express, pihak polis telah menahan dan membawa pasangan tersebut dan dihadapkan ke mahkamah tempatan.

Pegawai Balai Polis Nenmara, Deepa Kumar A berkata, pasangan tersebut merahsiakan hubungan mereka kerana berbeza agama dan takut untuk berterus terang kepada keluarga.

 

Hilang sejak 2010 

Seterusnya, Sajitha dikatakan meninggalkan rumahnya pada malam bulan Februari 2010 dan memasuki rumah Rahman. Bermacam usaha dilakukan pihak polis untuk mencari dia, tapi tak berjaya. Tambahan pula, wanita tersebut tidak mempunyai telefon bimbit ketika kejadian berlaku.

“Tiada yang tahu mengenai hubungan mereka,” kata pegawai polis tersebut.

Basher memberitahu bahawa Rahman bekerja sebagai pelukis rumah dan mempunyai bilik berasingan yang sentiasa berkunci. Dia juga tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke biliknya.

“Rahman merupakan seorang pelukis rumah dan mempunyai bilik berasingan serta dibiarkan terkunci. Dia juga tidak membenarkan orang memasuki bilik itu,” katanya

Disebabkan Rahman ni juga jenis panas baran, ibu bapanya tak berani untuk mengganggu lelaki tersebut.

“Kadang-kalanya dia berkelakuan seperti pesakit mental. Dia betukar ‘ganas’ apabila ada yang cuba memasuki biliknya. Selain dia turut membawa makanan ke dalam biliknya.”

Seorang jiran lelaki tersebut turut mengesyaki, bahawa Rahman mungkin mempunyai masalah mental dan seorang intovert kerana kelakuannya itu sebelum ini.

Bilik Rahman dikatakan tiada tandas, maka Sajitha akan keluar bila waktu malam atau semasa ketiadaan orang di rumah. Pakaiannya juga akan dikeringkan di dalam bilik Rahman.

Rahman akhirnya memberitahu mahkamah, dia menyembunyikan wanita tersebut di dalam biliknya kerana takut keluarganya bantah jika diberitahu untuk ajak Sajitha tinggal bersama.

Macam-macam hal, korang jangan pula nak ikut macam ni okay. Bahaya!

 

Baca : Lelaki Di India ‘Modified’ Motor Untuk Lindung Daripada COVID-19, Siap Ada Jarak Antara Rider & Pembonceng!

Foot Lari

Sumber: Siakap Keli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.