in

100,000 Liter Diesel Milik Syarikat Malaysia Di Sadao Disita Oleh Pihak Berkuasa Thailand

Gambar Hiasan Diesel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 100,000 liter diesel yang dimiliki oleh sebuah syarikat logistik Malaysia di Sadao, Songkhla, Thailand telah disita oleh pihak berkuasa negara Thailand baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, dalam sitaan diesel itu, seorang pekerja warga Thai turut ditahan oleh pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan.


Difahamkan, diesel itu telah disembunyikan di dalam tangki yang terletak di bawah tanah syarikat tersebut dan telah ditemui oleh pihak berkuasa negara itu dalam operasi berkenaan.

Bizh Diesel2 Bhfield Image Socialmedia.var 1775136195
Diesel berkenaan dipercayai telah diseludup ke thailand.

Artikel Berkaitan: “Guna kereta EV, carpool, naik basikal” – Ahmad Maslan Kongsi 7 Langkah Tangani Kesan Kenaikan Harga Petrol

Artikel berkaitan: Datuk Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Perkahwinan Bahagia Selama 38 Tahun, Ini Tipsnya…

Warga Malaysia dikenal pasti sebagai pemilik syarikat terbabit, dengan kira-kira 100,000 liter diesel disyaki disimpan tanpa lesen sah.

Menurut pihak berkuasa wilayah Songkhla, bahan api tersebut dipercayai berasal dari Malaysia sebelum diseludup masuk ke Thailand.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.