in

Zahidi Hamidi Mohon Pasport Dikembalikan, Ingin Jalankan Tugas Rasmi Sebagai TPM

Ft Zahid Hamid Nak Pasport Balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memohon Mahkamah Tinggi agar dapat mengembalikan pasport antarabangsa miliknya secara kekal secepat mungkin agar membolehkan dirinya melakukan tugas rasmi dengan lancar.


Memetik laporan Berita Harian, beliau membuat permohonan itu dengan baik dan ia hanya bertujuan memohon kebenaran bagi pelepasan pasport antarabangsa supaya dapat menjalankan tugas rasmi.

Tiada niat jahat, hanya untuk tugasan rasmi

Menurutnya, pasport itu sebelum ini telah diserahkan dan kini berada dalam simpanan mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa dengan 47 tuduhan rasuh, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang kini dalam peringkat membela diri.

Menurut sumber lagi, dalam afidavit sokongan menerusi permohonannya untuk mengetepikan syarat jaminan jaminan tambahan difailkan 20 Januari lalu, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada dokumen itu.

81627894109 Datukseridrahmad

Presiden UMNO itu juga turut menerangkan bahawa beliau telah menerima mandat dan tanggungjawab utama daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mewakilkan beliau (Anwar) dalam beberapa urusan pentadbiran negara.

Oleh itu, bagi melancarkan pergerakan dan urusan dalam menjalankan tugasan rasmi selaku Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid menyatakan bahawa beliau dikehendaki untuk berada di dalam dan luar negara yang memerlukan pasport itu berada dalam pegangan sendiri.

Malah, Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa beliau memerlukan dokumen itu kerana ia salah satu syarat dalam proses permohonan bagi mendapatkan pasport diplomatik yang diperlukan dan akan digunakan bagi pergerakan rasmi keluar-masuk negara.

Ahmad Zahid Hamidi Baru Resize

“Saya menyatakan bahawa permohonan ini sama sekali tidak bersifat niat jahat atau prejudis terhadap mana-mana pihak, kerana saya mengaku janji untuk tetap memberi kerjasama penuh dalam penyelesaian kes sehingga ke peringkat akhir pembelaan saya.”

“Saya juga menyatakan bahawa permohonan ini sekali gus dapat mengurangkan jumlah permohonan pelepasan pasport sementara kepada pihak mahkamah untuk membenarkan saya ke luar negara bagi tujuan rasmi.”

“Saya turut mengaku janji bahawa akan patuh kepada semua syarat yang ditetapkan mahkamah dan akan memberi kerjasama penuh untuk menghadiri kesemua tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan.”

Beliau berkata, tiada niat untuk melarikan diri dan tidak hadir dalam prosiding kes mahkamah kerana masih berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan bergiat aktif dalam bidang politik serta kesemua ahli keluarganya berada di negara ini.

Permohonan itu ditetapkan bagi pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Nurul Ain Hamzah yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob dan peguam, Nabihah Meor Azli mewakili Ahmad Zahid.

Baca : Muhyiddin Patut Contohi DAP Yang Lebih Pentingkan Negara Demi Jayakan Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi

Zahid Muhyiddin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.