Kalau nak kira memang dah terlalu ramai orang jadi Youtuber sekarang ni kan? Dengan ramai subscriber dan pengikut tetap mestilah kita kena berhati-hati dengan content yang kita nak keluarkan di Youtube channel sendiri, betul tak?
Bak kata orang, lebih elok kalau kita buat content yang ada kandungan mendidik ke atau yang tunjuk unsur-unsur baik. Tapi, seorang Youtuber terkenal baru-baru dilabel ‘sampah’ sebab mengeluarkan content yang tidak elok!
Viral di Twitter apabila seorang penceramah pendidikan seks, Akhi Fairuz menegur dengan tegas sebab tidak suka dengan video yang dikeluarkan Youtuber tu.
Youtuber paling sampah kat Malaysia, jatuh kepada Alieff Irfan.”
Menurut netizen, Alieff memang selalu buat video berunsur lawak berunsur lucah dan seks atau dipanggil soft porn. Dia juga dikatakan akan guna perempuan untuk ‘pancing’ orang tonton videonya.
Sebelum ni katanya ramai je yang dah tegur Alieff pasal video dia yang selalu berunsur soft porn tu tapi tak diendahkan. Jadi, Akhi Fairuz bertindak tegur dia secara terbuka di Twitter dan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju.
Sesiapa yang membangunkan konten lucah samada soft porn atau lawak lucah, ia memang layak untuk disampahkan. Bkn sekali teguran kepada Alieff Irfan, beribu org nasihat setiap video baru beliau. Namun, beliau sampahkan sahaja. Patutnya saya maki lebih dahsyat dari tu.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) October 15, 2019
Bagaimanapun, Alieff melalui posting Instagram terbaru telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan akui menerima teguran dan nasihat Akhi Fairuz.
https://www.instagram.com/p/B3ovDa9ju6h/
Baguslah macam ni. Menerima nasihat dan teguran dengan hati terbuka.