in

“You annoying, bukan salah saya” – Maryam ‘Duriankimchi’ Terkilan Ada Netizen Kritik Dia Cakap BM

Ft Maryam Duriankimchi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang tahu bahawa Maryam ‘Duriankimchi’ merupakan warganegara Korea Selatan namun, dia tetap gigih untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia agar lebih senang untuk berinteraksi dengan pengikutnya.


Bagaimanapun hari ini, Maryam telah memuat naik satu tangkapan direct message (DM) netizen yang dipercayai kurang senangmendengar influencer itu bercakap Bahasa Malaysia.

Maryam tidak berdiam diri, melalui kapsyen posting tersebut, dia telah membidas kenyataan berkenaan dengan memberikan beberapa sebab yang munasabah terhadap kritikan yang diterima.

Antara sebabnya adalah, Maryam baru sahaja menetap di Malaysia selama 2 tahun dan dia tidak mengikuti sebarang kelas Bahasa Malaysia secara formal.

“Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat” – Maryam

Screenshot 2023 01 13 125024

Namun, dia sama sekali tidak terkesan dengan kriktikan yang diterima kerana dia cukup bangga menggunakan bahasa ibunda suaminya itu berbanding Bahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, dia tetap akan menggunakan Bahasa Malaysia ketika bercakap bersama peminat dan kalau ada yang tidak suka, ia tidak menjadi masalah kepada Maryam.

“Saya boleh cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu. Kalau tak nak dengar silakan BERAMBUS,” tulisnya.

Maryam juga sempat memerli individu yang meninggalkan komen itu supaya menggunakan Bahasa Malaysia dahulu sebelum bertanyakan satu soalan sinis jika individu tersebut adalah warganegara Malaysia.

Terdahulu, pasangan Duriankimchi itu telah mendirikan rumah tangga di Korea Selatan pada 2019 dan pulang ke Malaysia pada tahun berikutnya.

Sekurang-kurangnya dia confident cakap Bahasa Malaysia! Tahniah Maryam…

Baca : Ryzal Duriankimchi Dikecam Edit Gambar Ucapan Mengundi Macam ‘Dalam Kenangan’

Ft Ryzal Durian Kimchi Edit Gambar Dalam Kenangan 758X399 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.