Sejak berstatus duda selepas bercerai tahun lalu, penyanyi dan usahawan Nubhan Ahamad mengakui dirinya menerima perhatian daripada ramai wanita yang cuba mendekatinya.
Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, berkata ada antara wanita berkenaan menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di media sosial, malah ada juga yang cuba mendekatinya melalui ahli keluarga.
Artikel berkaitan : “Kalau nak fikir orang, awal lepas cerai saya dah tulis macam-macam” – Nubhan Nasihat Dr Fie Banyak Bersabar
Artikel berkaitan : “Tuntut harta & sign RM 5 juta” – Nubhan Dedahkan Punca Ceraikan Dr Fie
“Ada yang DM dan ajak saya keluar minum kopi dan ada juga yang ‘straight forward’ (berterus terang) dan sangat ‘daring’.”
“Saya tengok ada komen yang serius mahu berkenalan termasuk ada pihak yang bertanya kepada ahli keluarga dan nak kenalkan saya dengan orang itu dan inilah, tapi saya cakap dengan kakak, nantilah dulu.”
Bagaimanapun, bintang Akademi Fantasia musim keenam itu berkata dia tidak menutup pintu hati untuk kembali berkahwin.
Namun buat masa ini, Nubhan lebih selesa untuk berkawan terlebih dahulu dan belum terfikir mengenai pengganti.
“Buat masa sekarang, sesiapa yang cuba nak dekati saya, boleh sahaja untuk kita berkawan dahulu. Saya belum fikir soal pengganti lagi sebab baru sahaja bercerai.”
“Pada masa sama, saya ada banyak tanggungjawab sekarang, bukan sahaja menjaga Mak Jenny yang kurang sihat, saya juga perlu fokus untuk kukuhkan bisnes,” katanya.

Dalam soal jodoh pula, Nubhan mengatakan bahawa menyerahkan semuanya kepada ketentuan Allah SWT. Malah, sekiranya bertemu calon yang sesuai pada masa akan datang, dia akan terlebih dahulu mendapatkan restu daripada ibunya, Mak Jenny.
“Saya tidak tutup pintu hati untuk berkahwin semula dan pastinya jika sudah berjumpa calon yang sesuai, saya akan minta restu daripada Mak Jenny.
“Kalau ada jodoh kelak, pokok pangkalnya itu adalah hidup saya dan kita juga tidak tahu kehidupan mendatang macam mana,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan penyanyi popular Siti Nordiana atau Nana, Nubhan menegaskan mereka hanya berkawan baik dan tiada hubungan istimewa seperti yang mungkin diperkatakan.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie disahkan bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember tahun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber : Berita Harian
