Minggu lepas nama Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menjadi topik hangat bualan rakyat terutamanya di media sosial selepas ramai yang terkejut melihat transformasi saiz badan dan penampilannya.
Malah, pada hujung minggu baru-baru ini netizen memperkatakan pula tentang Rina yang ‘modeling’ dengan memperagakan beberapa persalinan daripada pereka fesyen terkenal, Man Kajang.
YB Yeo Bee Yin galas tugas waktu hamil, tapi Rina…
Netizen mempertikaikan beliau yang seronok menjadi peragawan ketika saat-saat getir sebegini, apatah lagi masih ramai kanak-kanak yang kebuluran dan wanita yang menjadi mangsa rogol serta keganasan rumah tangga.
Disebabkan itu, ramai yang mula membangkitkan isu tentang Rina yang dikatakan tidak menggalaskan amanah dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Menurut netizen, sepanjang Rina bergelar menteri di Kementerian tersebut, jarang sekali melihat susuk tubuhnya menjalankan tugas yang sepatutnya.
Bukan setakat mengkritik Rina semata-mata, netizen turut membandingkannya dengan YB Yeo Bee Yin yang sebelum ini menjalankan tugas dan tanggungjawabnya meskipun dalam keadaan sedang sarat mengandung.
Kalau jalankan tugas takpe…
Netizen turut berkata Yeo pernah menggalas tugas 3 menteri lelaki iaitu Kementerian Sains & Teknologi, Kementerian Tenaga Asli dan Kementerian Alam Sekitar namun masih mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Bagaimanapun, netizen berkata bukan isu Rina menjadi model yang mereka kritik tetapi kerana beliau dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik namun ada pula masa nak menjadi peragawan. Itu sebenarnya yang ditekankan dan mahu disampaikan oleh netizen kepada beliau.
Menurut mereka seharusnya ketika pandemik Covid-19 ini dia mengambil cakna tentang permasalahan kanak-kanak, wanita dan keluarga yang tidak bernasib baik seperti isu kekangan wang untuk makan, isu wanita menjadi mangsa pukul isteri dan sebagainya.