in

Yasin Sulaiman Lepas & Dibebaskan 3 Pertuduhan Kes Dadah, Tapi Perlu Ke Hospital Bahagia

Yasin Dibebaskan Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menarik nafas lega hari ini apabila dilepaskan dan dibebaskan atas tiga pertuduhan kes dadah.


Meskipun dilepas dan dibebaskan, hakim mahkamah telah mengarahkan penyanyi berusia 48 tahun itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor.

Oktober lalu, Yasin diarah membela diri atas tiga kes dadah selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.

Artikel berkaitan: “Dari 66KG ke 48 KG” – Berat Badan Yasin Susut Kerana Tiroid, Bukan Penjara Tak Bagi Makan

Artikel berkaitan: “Aku sakit mental, sesekali kronik” – Sengsara Dalam Penjara, Yasin Sulaiman Tulis Lagu Kedua

Dalam bicara bela diri sebelum ini, Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr. Ian Llyord mencadangkan agar penyanyi itu menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.

Saksi berkata, Yasin mengalami gejala-gejala bipolar mania termasuk perubahan mood yang melampau, perasaan yang tidak realistik, paranoia dan sikap berhalusinasi untuk tempoh tertentu di antara 2009 dan tahun lalu.

Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Yasin menunjukkan, pesakitnya berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.

3 pertuduhan yang dikenakan pada Yasin sebelum ini

Pertuduhan pertama: Didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara.

Pertuduhan kedua: Didakwa menamam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Pertuduhan ketiga: Didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.