in

“Yang terima duit raya budak-budak” – Hotel Patuh Syariah Dikecam Guna Hashtag Tak Senonoh Dekat Sampul

New Zam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah hotel patuh syariah di Malaysia dikecam kerana dianggap menggunakan hashtag yang tidak elok di sampul duit raya. Perkara itu didedahkan oleh individu yang dikenali sebagai Ina Tasha Merican di Facebook miliknya semalam.

Dalam perkongsiannya, dilampirkan gambar sampul duit raya tersebut dan menunjukkan hashtag itu yang tertera dengan jelas dan dianggap tak sesuai.


 

Yang terima duit raya budak-budak

Kata Ina, pihak hotel sepatutnya perlu mengenali orang awam jika ingin melakukan satu teknik pemasaran yang betul. Ina memberikan beberapa contoh sebagai rujukan.

Zam

“Dalam penyediaan ucapan, atau apa bentuk penulisan, paling penting ialah kita kena kenal pasti siapa pendengar/pembacanya.”

“Kalau kamu nak bagi ceramah kat budak sekolah, janganlah dibuatnya ayat-ayat bombastik sampai bebudak tu kena Google baru faham. Mau kau dapat gelaran “Acik Kamus” kang.”

“Kalau dengan pakcik makcik nak cerita pasal bantuan kerajaan, tak payah la cerita pasal dasar fiskal negara, KDNK, keluk ekonomi segala. Melainkan pakcik makcik tu dulu bekas Gabenor Bank Negara. Then takpelah.”

Screenshot 2023 04 19 155932

Menurut Ina, dalam hal ini teknik pemasaran yang dilakukan hotel tersebut adalah satu kegagalan. Baginya, penggunaan hashtag untuk membuat pasaran jenama hotel yang memegang imej patuh syariah itu sangat tidak bersesuaian kerana biasanya sampul yang bakal diisi duit ini selalunya akan diberikan kepada kanak-kanak bawah umur.

“Ini bagi aku, satu marketing fail oleh pihak Hotel Z*******r. Gagal mengenal pasti audience. Yang nak terima duit raya ni budak-budak. Mungkinlah ada sampul yang diberi pada parents atau orang dewasa, tapi majoritinya populasi bawah umur di Malaysia.”

“Aku faham kau hotel patuh syariah. So hotel kau imej clean. Korang nk berskandal boleh pegi ke hotel lain.”

Sebagai penerima, Ina dapat bayangkan jika sampul duit raya ini sampai ke tangan budak-budak kecil dan pasti membuatkan ibu bapa jadi malu.

Bleh bayangkan bila bebudak terima duit raya tgk sampul dan tanya mak ayah masing-masing.. ”Ibu/Ayah, romen-romen ni apa?” Haaaa jenuh la nak menjawab tuan-tuan dan puan-puan oiiii. Tak merah muka mak ayahnya kalau ditanya plak soalan tu depan muka yang memberi?”

Oleh itu, Ina menggesa dan menegur pihak hotel agar lebih berhati-hati  dalam aspek penggunaan ayat sebelum mencetak sampul duit raya itu.

Baca : Individu Dakwa Hotel Scam Pelanggan, Minta Bayar Lebih Masa Check In Konon Sebab Ditipu Apps Tempahan

Hotel Scam

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.