Musim cuti sekolah ini kita akan lihat ramai orang bercuti. Waktu ini, hampir kebanyakan tempat bercuti akan penuh dan sesak termasuklah penginapan di hotel.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman pahitnya ketika mahu check-in di hotel yang telah ditempah.
Menerusi perkongsian Nazeerah Bashah, dia memaklumkan kebiasaannya akan menempah hotel menerusi satu laman web penginapan hotel popular di sini.
Namun, apabila mahu memaklumkan tempahan bilik di hotel tersebut melalui sebuah laman web penginapan, seorang staf wanita mendakwa ia merupakan scam tempahan hotel kerana harganya lebih murah daripada harga sebenar.
Staf tersebut memintanya untuk membuat pembayaran lain sebanyak RM180 untuk bilik baharu jika mahu terus bermalam di situ.
“It’s a scammer! Mana boleh harga murah untuk room ini. Hari ini, satu group pun terkena.
“You have to pay RM180+ for a new room, or just cancel. If you cancel you will not get refund.”
Nazeerah memaklumkan keluarganya tidak bermalam di hotel berkenaan dan telah membuat aduan tentang perkara itu. Tambahnya, staf laman web tempahan hotel juga mendapat layanan yang sama dan turut menyatakan staf hotel tersebut bersikap kurang ajar.
Dalam pada itu, Nazeerah mengatakan situasi tersebut bukanlah kejadian pertama kali berlaku. Melihat pada ruangan review di carian Google, ramai memaklumkan mengalami pengalaman pahit yang sama dengan hotel itu.
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pengusaha hotel yang menggunakan perkhidmatan laman web tempahan penginapan tetapi tidak mahu membayar komisen.
Namun begitu, ada juga merasakan pihak ketiga juga tidak sepatutnya menawarkan harga hotel yang terlalu rendah selepas ditolak komisen.
Baca: Lelaki Dikecam Masak Ayam Mentah Guna Mesin Bancuh Kopi Hotel, Rupanya Memang Banyak Orang Buat