“Yang saya diberitahu calon Perdana Menteri adalah dari keadilan”- Saifuddin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam kemelut politik negara yang masih lagi belum reda, ramai tertanya-tanya siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri ke-8 sekaligus menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laporan terbaharu dipetik dari Awani, teka-teki siapa akan menjadi perdana menteri hampir terjawab bila mana Parti Keadilan Rakyat memberi bayangan telah mencalonkan ahli parlimen dari parti itu sebagai perdana menteri yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dimaklumkan oleh ahli PKR selepas selesai mengadap YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Alhamdulillah kami dari Ahli Parlimen Keadilan pada pukul 11 pagi memulakan proses memberi maklum balas kami berhubung calon Perdana Menteri.”

“Itulah yang kami namakan sebentar tadi (calon Perdana Menteri). Kami tak tahu, yang saya diberitahu (calon Perdana Menteri) adalah daripada Keadilan,”

 

Meskipun beliau tidak memberikan nama calon tersebut secara terang-terangan, namun ia jelas merujuk kepada presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Baca : Ada cara tak saya nak buat live di sana?? Aliff Syukri Mahu Bantu Rakyat Malaysia, Ingin Buat Live Dengan Tun M  Anwar Ibrahim

Sumber: Channel 4
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.