in

“Ada cara tak saya nak buat live di sana??” – Aliff Syukri Mahu Bantu Rakyat Malaysia, Ingin Buat Live Dengan Tun M & Anwar Ibrahim

Ah Kau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat rakyat Malaysia dalam kegelisahan dengan isu politik yang panas dan tak sudah-sudah, nampaknya ada pulak seorang manusia ini yang dilihat sedang mencari jalan kononnya untuk meredakan kegusaran rakyat.


Tak selesai lagi isu ‘live’ dengan isteri Abam, kali ini Datuk Aliff Syukri menerusi laman Facebook katanya sedang mencari jalan bagaimana dia boleh menemuramah dua individu penting negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 

“Rakyat Malaysia perlukan saya jumpa Mahathir atau Anwar untuk buat live?” 

Menerusi posting tersebut, Aliff Syukri bertanya sama ada perlukah dia membuat sesi temuramah live bersama Tun M atau Anwar Ibrahim. Temuramah ini katanya akan merungkai segala kerisauan yang rakyat ada sekarang.

Dalam pada itu, Aliff juga meminta bantuan cara bagaimana dia boleh membuat sesi live tersebut bersama dua negarawan ini.

betul ke?? ada cara tak sy nak buat liva di sana?? plzzz bantu sy…

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Monday, February 24, 2020

 

“Tak payah. Kurang sesuai… Lebih baik tumpukan dalam membantu orang memerlukan” 

Tetapi rasanya korang pun dah agak apa jawapan yang Aliff Syukri akan dapat bila dia berhadapan dengan netizen-netizen ni.

Rata-rata memang tak mahu jutawan kosmetik ini ‘menyibuk’ dalam isu politik dan memintanya untuk lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kebajikan.

Lllll

So korang rasa macam mana? Patutkah Tok Alip kita ni pergi interview Tun M dan Anwar Ibrahim pulak? Hmm… macam-macam. 

Baca: “Sabar, kita ada masalah lagi besar” – Aliff Syukri Sibuk Buat Sidang Akhbar Mohon Maaf Pasal Isu Abam Bocey

Aril

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.