in

Budak Lelaki Kena Belasah Teruk Dengan ‘Geng Kerja’ Sebab Tinggi Suara Kat Bini Boss?

Remaja

Semalam (30 Mac 2021) video seorang remaja lelaki dipukul sehingga berdarah tular selepas ia dikongsikan dalam satu group Facebook. 2 individu yang tidak dikenali identitinya dipercayai pengurusnya dilihat menumbuk beberapa kali dan menggertak mangsa.

Satu rakaman video menunjukkan bahawa remaja itu duduk di dtepi sudut dinding sambil menangis. Kedengaran suara agresif daripada salah seorang lelaki di belakang kamera bertanyakan kepadanya jika dia hormati boss dia atau tidak.

Namun begitu, sebelum dia nak jawab, remaja tersebut ditumbuk, ditendang, dan ditampar oleh seorang lagi lelaki lain sampai bibir remaja itu mula berdarah.

 

Dipukul sebab tinggi suara dekat bini boss?

Difahamkan, remaja itu dipukul kerana tinggikan suara dekat isteri boss dia. Remaja itu menjawab…

“Saya cakap kuat sebab saya ingat dia tak boleh dengar saya.”

Dia menafikan menggunakan bahasa kesat ketika bercakap setelah salah seorang pelaku menendangnya lagi.

Pukul 2

Dalam lagi satu video, dipaparkan remaja tersebut memakai helmet motor sambil memegang sebatang rokok dan sebotol bir.

Salah seorang lelaki dari belakang kamera itu paksa dia minum walaupun mangsa sudah menangis mengatakan dia dah tak boleh minum lagi.

Pukul2

Boleh tengok video disini

Menurut netizen, kejadian ini berlaku di sebuah kawasan kedai di Taman Seri Duyong, Ayer Molek, Melaka. Menurut Sin Chew Daily & WORLD OF BUZZ, remaja tersebut diambil bekerja oleh satu syarikat telefon bimbit untuk menjalankan aktiviti perjudian dengan gaji RM 2,500 sebulan.

Walaubagaimanapun, apabila ada pekerja nak berhenti, mereka akan menjadi subjek keganasan fizikal dan majikan akan minta mereka bayar RM 7,500 sebagai caj berhenti kerja.

Video ini mendapat perhatian netizen dan mereka mahukan agar kes ini sampai kepada pihak berkuasa.

 

Baca : Warga Pakistan Dipukul Lepas Cuba Cium Remaja Perempuan 14 Tahun

Pukul3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook