in

“Dah tak reti pakai mask leklok ke?” – Seronok Pergi Langkawi, Netizen Geram Aliff Syukri Pakai ‘Mask’ Bawah Dagu

Netizen Geram Aliff Syukri Pergi Langkawi Tak Pakai Mask Properly E1631859273594

Secara rasminya, percutian rakyat Malaysia ke Langkawi bermula semalam dan ramai dilihat berkongsikan keseronakan dan keterujaan masing-masing di media sosial. Termasuklah, jutawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang telah tiba di sana bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Melalui video di Instagram, dia telah berkongsi perjalanannya dari Kuala Lumpur hingga tiba hotel penginapan di Langkawi. Bagaimanapun, benda lain pula yang lebih mendapat perhatian netizen selepas menonton video pendek berdurasi 1 minit 41 saat itu.

 

“Dato dan Datin, tolong pakai mask bila di khalayak ramai…”

Ramai netizen telah menegurnya kerana tidak memakai pelitup muka dengan cara yang betul. Menerusi video tersebut, Aliff Syukri dilihat menurunkan pelitup muka berwarna biru gelap itu hingga ke bahagian dagu, mendedahkan hidung serta mulutnya.

Kebanyakan masanya (di dalam video), Aliff membuka pelitup muka termasuklah ketika berada di dalam pesawat yang dipenuhi penumpang lain.

K1 K2 K3

 

Buka mask ketika mahu bercakap saja

Netizen turut menyatakan kerisauan mereka dan berkata tindakan Aliff mungkin boleh memburukkan keadaan jika ada pula kes positif dikesan di tempat-tempat yang dikunjunginya dalam keadaan tidak memakai mask dengan sempurna itu.

Isteri Aliff sebaliknya dilihat memakai pelitup mukanya dengan betul dan menerusi kapsyen di Instagram, usahawan itu ada menjelaskan bahawa dia hanya membuka mask ketika mahu bercakap kerana ia lebih jelas didengari di dalam video.

Difahamkan, Aliff dan isterinya serta kru mereka berkunjung ke Langkawi atas urusan kerja bagi mempromosikan tempat penginapan tersebut.

Baca: “Bayangkan kalau tak buat…” – Hasil Saringan Ke Langkawi, 5 Individu Disahkan Positif COVID 19

5 Positif Ujian Saringan Ke Langkawi

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram