in

“Yang dewasa hanya tengok, yang budak kecik pulak tolong” – Kejadian Langgar Lari Tarik Perhatian Ramai

Featured Image China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Yang dewasa hanya tengok, yang budak kecik pulak tolong" - Kejadian Langgar Lari Tarik Perhatian Ramai
Loading
/

Selalunya jika berlaku kemalangan, pasti ramai orang sekeliling akan datang untuk membantu. Namun lain pula yang terjadi di negara China ini yang mana kebanyakannya takut untuk tampil menolong mangsa yang cedera akibat kemalangan.


Dalam satu kejadian berlaku di Yulin, China, mangsa yang terlibat dalam kemalangan tidak diendahkan orang sekeliling walaupun dia seorang kanak-kanak kecil.

Di saat orang dewasa tidak mempedulikan budak tersebut, seorang kanak-kanak lelaki yang berani telah tampil membantunya yang terlentang di atas jalan raya sambil mengerang kesakitan. Budak kecil tu tapi dah ada perasaan ihsan…

Baby3 3
sumber: nextshark

Menurut Nextshark, Chen Jiuyi yang berusia tujuh tahun telah mendapat gelaran ‘Hero Kecil’ kerana membantu kanak-kanak lelaki lain yang telah dilanggar lari oleh sebuah beca elektrik.

Melalui rakaman kamera litar tertutup CCTV, pemandu kenderaan yang melanggar mangsa tersebut tidak membantu kanak-kanak yang dilanggarnya, malah terus melarikan diri dari tempat kejadian.

Baby1 2
sumber: nextshark
Baby2 3
sumber: nextshark

Lebih mengejutkan, tiada orang dewasa juga datang membantu mangsa yang sedang kesakitan dan cuba untuk bangun walaupun sekurang-kurangnya terdapat empat orang dewasa dalam rakaman tersebut yang menyaksikan kejadian itu.

Baby4 3
sumber: nextshark

Walau bagaimanapun, Chen yang menyaksikan kejadian berkenaan daripada jauh dengan beraninya menghampiri mangsa dan membantunya bangun. Dia kemudian mengangkat mangsa yang mengalami kesukaran untuk berdiri ke tepi jalan dengan menggunakan segala kudrat yang dimilikinya.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak hero itu juga dilaporkan turut mencari tisu untuk mengelap mulut mangsa yang luka berdarah. Alahai bagusnya anak kecil ini…

Baby5 3
sumber: nextshark

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudian tiba di tempat kejadian dan segera membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan di mana mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kesan koyak di bahagian mulut selain turut patah tulang kaki kanan. Kesiannya!

Baby6 1
sumber: youtube

Ketika ditemu bual oleh wartawan, Chen mengaku membantu mangsa kerana teringatkan ajaran gurunya di sekolah.

Cikgu telah mengajar kami. Sekiranya orang lain dalam kesusahan, kita patut bantu mereka.”

Baby7 1
sumber: youtube

Video rakaman tersebut telah tular dan pemandu beca elektrik yang merupakan seorang wanita telah menyerah diri. Wanita itu mengaku ketika kejadian berlaku, dia sedang pening kepala dan tidak tahu apa yang berlaku.

Polis melaporkan wanita tersebut akan bertanggungjawab di atas kejadian berkenaan dan menanggung segala kos perubatan mangsa.

Cayalah adik ni! Rilek je tolong. Orang lain patut ambil ni sebagai pengajaran…

Baca: Anak Hero! Berani Selamatkan Bapa Dan Ibu Lumpuh Dalam Cuaca Hujan Lebat, Tanah Runtuh

Baby9 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.