in

“Yang degil-degil tu bungkus je dalam plastik ni” – [VIDEO] Doktor Kongsi Cara Pesakit Covid-19 Dipindahkan Dari 1 Hospital Ke Hospital Lain

Feature 1 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun pihak kerajaan Malaysia telah pun mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan kepada semua rakyat, namun masih ada lagi yang berdegil untuk keluar berjalan-jalan dan makan di premis-premis makanan. Degil betul dorang ni. 


Kali ini admin nak kongsikan video tentang prosedur pesakit positif Covid-19 dipindahkan dari satu hospital ke hospital yang lain supaya korang yang degil tu sedar sikit tentang bahaya penyakit ni.

Menurut Twitter My Crime Watch, seorang petugas kesihatan wanita yang terlibat dengan rawatan pesakit wabak ini telah kongsikan video ini.

 

Dapat dilihat dalam video terbabit bahawa pesakit coronavirus akan diletakkan dalam isopod isolation unit yang digunakan untuk mengelakkan jangkitan kepada orang sekeliling. Takut weh, admin dah la fobia dengan tempat sempit. 

Isopod 2

Isopod 4

Difahamkan, penggunaan isopod ini hanyalah untuk memindahkan pesakit penyakit berjangkit yang masih hidup ke fasiliti kesihatan yang lain. Jadi, jangan salah faham, dalam tu pesakit, bukan mayat.

Rata-rata netizen berharap agar video ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat orang ramai yang masih degil dan tidak mahu duduk di rumah sepanjang tempoh dua minggu ini.

Isopod 6 1

Admin harap korang semua duduk je kat rumah diam-diam. Tak takut ke tengok isopod ni? Dah macam keranda lutsinar dah admin tengok. 

Baca: “Terpaksa sambut hari jadi di hospital” – Wanita Mengandung Positif Covid-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus

Feature 2.1 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.