in

“Ya Allah, baiknya…” – [VIDEO] Wanita Menangis Dalam Tren, Tindakan Krew Ini Buat Ramai Respek!

Ft Train

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian itu satu kepastian dan kemestian tidak kira di mana seseorang berada atau dalam keadaan apa sekalipun. Setiap orang pasti akan merasa kematian dan merasa perpisahan dengan orang yang tersayang.


Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @ichsan_oe, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya di mana seorang wanita sedang meratapi pemergian anak lelakinya sambil dibantu oleh krew tren.

@ichsan_oe

Kehilangan Buah Hati ?? #Story #on #Train #KeretaApi

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

“Sedihnya…”

Dalam video tersebut, Ichsan yang merupakan salah seorang ketua krew tren di Indonesia bersama krew yang lain sedang meredakan kesedihan wanita yang baru kehilangan anak lelakinya itu.

Difahamkan wanita tersebut sudahpun menangis semasa masuk tren dan terus duduk di tempat duduk penumpang sambil menelefon seseorang. Selepas dapat tahu berita tersebut, mereka menghampiri wanita itu lalu menawarkan tempat duduk di ruangan krew kabin yang lebih privacy.

“Servis terbaik”

Mereka juga memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menghidangkan air pada wanita tersebut dan memberikan tempat duduk lain pada penumpang yang akan duduk di sebelah wanita itu bagi menghormati situasi wanita tersebut. Servis tiptop!

Video yang berdurasi hampir seminit itu telah menarik lebih daripada lima juta tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji cara para krew tren melayan penumpang.

Komen Krew

Ichsan juga mengucapkan takziah dan berharap wanita itu terus bersabar kerana dia tahu bagaimana rasa kehilangan orang yang tersayang juga.

Semoga urusan krew tren tersebut dipermudahkan dan dilindungi oleh-Nya, salut!

Baca: “The best teacher” – Video Sebak Guru Cipta Alat Bantu Murid Masalah Penglihatan Berlari

Fi Cikgu Cipta Alat E1630641088373

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.