Guru adalah seorang insan yang wajar kita hargai, selepas kedua ibu bapa kita sendiri. Di samping mengajarkan ilmu di sekolah, dalam masa yang sama mereka turut mengajarkan perihal kehidupan sama seperti ibu bapa kita sendiri.
Setiap guru juga mahu lakukan yang terbaik untuk anak-anak murid mereka, dan seperti kisah seorang guru ini memang layak mendapat pujian ramai.
Cipta alat untuk anak murid masalah penglihatan
Sejak beberapa hari lalu, seorang cikgu menjadi perhatian ramai apabila tindakannya membantu murid kurang upaya di sekolahnya membuka mata ramai.
Guru yang dikenali sebagai Cikgu Azam itu ada berkongsikan video di mana dia membantu anak muridnya bernama Alisya yang mempunyai masalah penglihatan untuk cuba berlari.
Namun apa yang menariknya, alat yang digunakan Alisya itu sebenarnya telah direka dan dicipta oleh Cikgu Azam sendiri. Beliau mendedahkan bahawa alat tersebut, dihasilkan daripada paip PVC yang mana ia nya sangat ringan untuk digunakan.
@cguazam Ramai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.
Pernah sertai larian amal
Namun sebelum itu, guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Klang itu ada memuat naik posting yang menunjukkan dia membawa anak muridnya itu menyertai satu larian amal.
Di dalam video tersebut, terlihat Cikgu Azam akan sentiasa berada di bahagian belakang untuk mengemudi arah dan memantau anak muridnya itu. Manakala Alisya akan memegang pada bahagian pemegang tersebut sambil berlari.
Lebih manis, apabila inovasinya itu membenarkan mereka untuk menghabiskan larian berjarak sejauh 5 kilometer itu tanpa sebarang masalah.
Perkongsian video yang menyentuh hati ramai itu telah meraih, sebanyak lebih dari 520k tontonan di akaun TikTok Cikgu Azam.
@cguazam This is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. 😁😁😁 Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu
“Terima kasih jadi pembimbing yg terlalu ikhlas”
Di ruangan komen, tindakan dan inisiatif oleh Cikgu Azam untuk membantu muridnya telah membuatkan rata-rata netizen menjadi sebak. Ramai yang menyifatkan, bahawa apa yang dilakukan oleh beliau perlu diberikan pengiktirafan.
Besar betul usaha dan pengorbanan dilakukan oleh Cikgu Azam menolong anak muridnya itu. Kasih seoang guru ini memang besar, sebab mereka ni pun adalah golongan yang mahukan kita berjaya sama seperti keluarga kita sendiri.
Baca : “Sampai hati” – [VIDEO] Tak Sampai Separuh Pelajar Masuk Kuiz, Cikgu Ini Gigih Call Semua Pelajar