in

“Wujud pesakit macamni” – Lepas Isu ‘Not My Problem’, Nurse Dedah Pengalaman Kena ‘Sound’

Page Hkl New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita dikecohkan dengan isu berkaitan pesakit yang tidak dilayan dengan baik oleh ahli farmasi selepas permintaannya untuk menghantar stok ubatannya ke rumah menggunakan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) diabaikan.


Selepas isu itu, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan situasi sebenar berkenaan kes yang berlaku. Kurang dari 24 jam, terdapat satu lagi posting Facebook yang mendedahkan pengalamannya sendiri sebagai seorang jururawat.

NOT MY PROBLEMKena dengar kedua-dua belah pihak. Percaya atau tidak, wujud pesakit yang memang suka cari pasal, yang…

Posted by Wafea Ori on Wednesday, January 12, 2022

Setelah dibaca kapsyen yang dikongsikan bersama beberapa gambar dirinya mengendalikan urusan di kaunter, jururawat wanita ini menceritakan bahawa dalam realiti kehidupan memang ada beberapa pesakit yang bersikap ‘selfish’ dan juga biadap terhadap pegawai-pegawai kesihatan.

“Saya sendiri pernah dilempar preskripsi di muka sewaktu bertugas di kaunter drive thru. Masa tu bulan puasa…”

Ujar nurse wanita itu lagi, bukan dirinya sahaja pernah diperlakukan sebegitu tetapi adiknya yang juga pegawai kesihatan turut mendapat layanan yang teruk sehingga disimbah air oleh seorang pakcik.

Fb 1 1

“Orang yang bekerja di kaunter je faham…”

Di bahagian komen pula, ramai yang turut berkongsikan pendapat dan pengalaman mereka sendiri siap pernah kena ugut dengan pesakit-pesakit yang tak berpuas hati selepas permintaan mereka tidak dapat dilunaskan oleh pegawai bertugas.

“Hanya org yg bkerja di kaunter ja akn fham karenah customer ni..kang ckp lebih2 kna kecam plak..haha..pengalaman dr 5 thun ngadap patient di kaunter…wlupn kja snag tp pnat mental..skrg dh lega dduk opis ngadap pc ja xbyk ragam” – Komen netizen

Di akhir kapsyen FB nurse itu, dia meminta jasa baik orang ramai untuk mendengar terlebih dahulu cerita sebenar dari kedua-dua belah pihak sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan dan juga menyalahkan orang lain tanpa usul periksa.

Min harap kes ni makin cepat lah eh reda… Mungkin timing tak kena ke apa masa tu kan… Kita kena lah selalu amalkan hidup bertoleransi antara satu sama lain, barulah negara harmoni…

Baca: Pengarah HKL Akhirnya Tampil Respon Isu ‘Not My Problem’ Dari Ahli Farmasi

Untitled 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.