in ,

“Wow, lain dari yang lain. Cantik pulak tu” – Photographer Buat ‘Photoshoot Online’ Dengan Client Sebab Tak Dapat Jumpa Face To Face

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyuruh agar rakyat Malaysia untuk duduk di rumah. Segala aktiviti atau pun perjumpaan tidak digalakkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.


Bagi seorang photographer, sudah pasti pertemuan dengan client amat penting kerana sesi photoshoot perlu dibuat secara face to face. Macam mana nak buat photoshoot kalau orangnya takde kat depan kan?

Namun, satu idea yang cukup kreatif muncul daripada seorang photographer ini. Idea itu telah dikongsikan di laman Twitter miliknya. Dalam perkongsian itu, dia cuba untuk buat ‘photoshoot online’ dengan cara face time bersama client nya.

Menurutnya, pihak client dah pun buat tempahan untuk sesi photoshoot sebelum PKP dilaksanakan. Walaupuan PKP masih berlangsung, tapi sesi photoshoot tetap dijalankan melalui face time. 

Wahh, hasil dia pun nampak real photoshoot even guna face time je. 

Seorang ibu mengandung sudah pasti tak nak lepaskan peluang untuk buat sesi photoshoot supaya dapat simpan momen-momen indah itu untuk masa akan datang.

Tapi kira rare lah kan kalau buat photoshoot tapi guna face time. Terbaik lah photographer ni.

Pada awalnya, pihak client agak pelik sebab nak buat photoshoot guna face time. Mungkin tak pernah dibuat orang lain lagi sebab tu nampak  pelik tapi hasilnya cukup membuat netizen teruja.

Power teroks

Cantiknya!

From this to this 

Baca : “Comeone guys, dah 2020. Phone biasa still boleh dapat gambar lawa” – Untuk ‘Beginner’, Boleh Guna Apps Ni Buat Gambar Korang Awesome

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.